Mana ‘Ultra Kiasu’ Saat Netizen Cina Hina Agong

- Advertisement -

Bangi – Tindakan netizen Cina menghina Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ketika mencemar duli bersantap di sebuah kedai roti tempayan tanpa protokol diraja dengan pelbagai ejekan bukan tindakan individu terpencil.

Menurut Yang Dipertua ISMA Pasir Puteh, Ustaz Sharipudin Ab Kadir, beliau kesal apabila tiada seorang pun di kalangan pimpinan – ultra kiasu – mereka yang menegur tindakan itu, bahkan dibiarkan sahaja.

“Ini menggambarkan sikap hampir keseluruhan mereka. Mereka menolak Melayu dan Islam. Sikap baik hanya lakonan dan sandiwara bersifat sementara untuk mengaburi dan menutup keburukan mereka.

“Mereka hina YDPA bersarapan pagi tanpa protokol diraja dengan pelbagai ejekan bukan tindakan individu terpencil. Ianya merupakan luahan mereka dan zuriat yang dah terpendam sejak kedatangan mereka ke Tanah Melayu sebelum merdeka lagi.

“Mereka bukan hanya mengejek YDPA tetapi menghina dan mengejek bangsa Melayu keseluruhannya. YDPA sebagai simbol kepimpinan Melayu di negara ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tanpa menamakan mana-mana pihak Ustaz Sharipudin berkata, sandiwara amat berkesan sehingga boleh menutup semua tipu daya dalam semua tindakan mereka.

“Amat malang bila ada pimpinan Melayu amat mempercayai bahkan memuji mereka. Mereka dipuji kerana boleh menyebut Amar Maaruf dan Nahi Mungkar dan menggunakan beberapa istilah Arab dalam kenyataan mereka.

“Inilah antara kebodoh-bodohan pemimpin Melayu. Ada juga pemimpin Melayu yang terpaksa memperbodohkan diri sendiri kerana mengharapkan sesuatu habuan dari mereka.

“Ada habuan berbentuk sogokan wang ringgit dan ada yang gilakan kuasa dan kedudukan. Rela jadi Pak Pandir asalkan dapat kuasa dan pangkat walaupun boneka semata-mata. Satu ketika jadi Pak Pandir satu ketika jadi Pak Kaduk,” katanya sinis.

Terdahulu, laman Facebook akhbar Sin Chew Daily memaparkan laporan berita YDP Agong mencemar duli sambil bersantap di sebuah kedai roti tempayan di Kuantan Pahang.

Laporan berita tersebut kemudiannya dihujani pelbagai komen biadap dan sinis dari netizen berbangsa Cina.

Mereka mendakwa YDP Agong hanya berlakon untuk menjadi ‘mesra rakyat’.

“Macam berlakon” ujar Fei Hong Fei Hong.

“Alamak! Awak keluar untuk berlakon lagi,” sindir Kang Choon Gin.

“Show Off? (Menunjuk-nunjuk?),” tulis Benny Loo LG.

“Gambar ini sangat sesuai, pemandangannya ialah pintu. Tertutup pula tu. Terima kasih kerana memimpin kepada kerajaan keadaan sekarang ini,” kata Brian Heng pula.

“Tidak boleh diharap, cakap lain buat lain. Pemikirannya seakan parti politik Melayu,” bidas Hoo Hoo Gan secara biadap.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat