PRU Dijangka September Ini – Dominic Lau

Pemberian Vaksin Pneumokokal Bermula 1 Disember

KUALA LUMPUR - Pemberian vaksin pneumokokal di bawah Program Imunisasi Kebangsaan untuk kanak-kanak bermula serentak hari ini, di semua Klinik Kesihatan Kementerian Kesihatan (KKM)...

EU Perlu Hentikan Diskriminasi Minyak Sawit Malaysia -Hishammuddin

CYBERJAYA: Menteri Luar, Dato Seri Hishammuddin Tun Hussien menggesa Kesatuan Eropah (EU) berhenti daripada diskriminasi minyak sawit Malaysia. Gesaan itu di buat di hadapan 27...

Terima Hakikat UMNO Parti Dominan Atau Game Over & No Deal – Shahril Hamdan

CYBERJAYA: Hakikat bahawa UMNO merupakan parti dominan dan isu berkenaan tidak sepatutnya dipertikaikan sebaliknya perlu diterima semua pihak, kata Ketua Penerangan UMNO Shahril Sufian...

Pemberian vaksin pneumokokal di Klinik Kesihatan KKM bermula hari Selasa

CYBERJAYA: Pemberian vaksin pneumokokal di bawah Program Imunisasi Kebangsaan untuk kanak-kanak bermula serentak hari ini, di semua Klinik Kesihatan Kementerian Kesihatan (KKM) seluruh negara,...

Macau Scam: Addy Kanna, Alvin Goh ditahan dua tahun

KUALA LUMPUR - Suspek utama sindiket Macau Scam dan kegiatan perjudian dalam talian, Zaidi Kanapiah atau dikenali sebagai Addy Kanna dan Goh Leong Yeong...

Kuala Lumpur – Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) menggerakkan jenteranya bermula hari ini bagi menghadapi sebarang kemungkinan berlakunya Pilihan Raya Umum (PRU) secara mengejut pada tahun ini.

Presidennya, Datuk Dominic Lau Hoe Chai berkata, pihaknya telah mengarahkan semua pengerusi perhubungan negeri untuk melakukan persiapan itu susulan melihat situasi politik yang genting buat masa ini.

“Kami meramalkan kemungkinan PRU mengejut akan diadakan pada bulan September ini, oleh itu kami sudah menggerakkan jentera bermula hari ini dengan Pulau Pinang sebagai ‘front state’ bagi parti itu untuk PRU itu.

“Namun, sebarang keputusan untuk pengagihan calon dan kerusi akan dibincangkan dalam mesyuarat jawatankuasa pada minggu hadapan,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Gerakan di sini, hari ini.

Pihaknya menyokong penuh kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri kelapan dan menolak perebutan kuasa yang berlaku dalam Pakatan Harapan (PH) ketika ini.

“Bagi parti Gerakan, kemampuan selesaikan pelbagai isu negara adalah penting daripada siapa yang akan jadi PM pada masa hadapan, oleh itu sokongan kami tetap terhadap Tan Sri Muhyiddin,” katanya.

Pihaknya juga telah melantik lima jurucakap dalam lima bidang berlainan yang dinamakan 5E iaitu Education (Pendidikan), Environment (Alam Sekitar), Economy (Ekonomi), Equality (Persamaan) dan Employment (Pekerjaan) untuk separuh kedua tahun ini.

“Ia juga sebagai menyatakan pendirian parti terhadap isu-isu yang diutarakan selain sebagai ‘check and balance’ kerajaan,” katanya. — Bernama

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Sedia Berbaik Semula, Syaratnya Muhyiddin Perlu Tolak UMNO – Mahathir

KUALA LUMPUR - Jika kena ‘caranya’, tidak mustahil akan berbaik-baik semula dengan Perdana Menteri, akui Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai hubungannya dengan Tan Sri...

Bagi Sumbangan Tak Tanya Kami, Pegawai Mukhriz Bidas Ebit Liew

ALOR SETAR - Eksekutif Media Menteri Besar Kedah mendakwa tindakan penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew memberikan bantuan kepada golongan asnaf di negeri itu telah...

Zahid Ingatkan Ismail Sabri Jangan Desak Isu TPM

BAGAN DATUK, 29 Nov -- Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini meminta pemimpin dan anggota UMNO tidak mendesak Perdana Menteri Tan Sri...

Berita Berkaitan