Aktiviti LGBT kekal ditolak kerajaan, hak asasi pendidikan tak dinafi – Na’im

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kerajaan kekal menolak aktiviti berkaitan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) terutama dalam dalam kalangan masyarakat Islam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na’im Mokhtar, berkata Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) turut berpegang dengan pendirian itu.

Bagaimanapun, katanya, mengambil konteks hak asasi yang dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan, kerajaan tidak menolak hak tertentu kepada golongan LGBT seperti pendidikan.

“Itu sebabnya JAKIM bekerjasama dengan agensi lain untuk memberi kesedaran dan mengambil tindakan untuk memastikan golongan ini kembali kepada fitrah serta menyedarkan mereka daripada kesalahan yang dilakukan,” katanya pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat, pada Rabu.

Lapor BH, menjawab soalan Aminoluda Hassan (PH- Sri Gading), Mohd Na’im berkata, tiada kes perkahwinan sejenis dilaporkan berlaku di negara ini, selari peraturan yang tidak membenarkannya.

Katanya, undang-undang sedia ada membabitkan Akta dan Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam hanya mengiktiraf perkahwinan antara lelaki dan wanita.

Dalam rekod JAKIM dan jabatan agama Islam negeri, katanya, tiada rekod perkahwinan sejenis didaftarkan.

“Ini memang jelas, malah kalau perkahwinan itu dilangsungkan dan berhasrat mendaftarkan, ini mustahil sebab undang-undang memang tidak membenarkan.

“Selama mana perkahwinan itu sah mengikut hukum syarak iaitu antara lelaki dan wanita, perkahwinan itu boleh didaftarkan,” katanya.

Mohd Na’im berkata, kerajaan sentiasa berusaha menangani isu LGBT daripada terus berleluasa.

Katanya, isu itu memerlukan perhatian dan kerjasama semua pihak untuk saling membantu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat