TVET PUO perkasa bakat muda senibina melalui penilaian berimpak industri

Oleh Zihan Zari

IPOH – Pendekatan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) terus dibuktikan relevan apabila Politeknik Ungku Omar (PUO) memperkukuh pembelajaran berasaskan industri melalui pelaksanaan Sesi Penilaian Portfolio Akhir DCA20323 Design Studio 2.

Seramai 64 pelajar Diploma Senibina Semester 2 (DSB2A & DSB2B) telah membentangkan hasil projek reka bentuk mereka dalam suasana profesional, mencerminkan standard sebenar industri senibina di Studio 7 & 8, Senibina Kampus B, PUO dekat sini, baru-baru ini.

Keunikan sesi ini terletak pada penglibatan 9 panel penilai, termasuk 5 panel industri yang terdiri daripada pengamal profesional dalam bidang senibina serta 4 panel dalaman.

Penglibatan industri ini memberi nilai tambah melalui perkongsian pengalaman sebenar, penilaian praktikal serta pendedahan kepada keperluan semasa pasaran kerja.

Antara panel industri yang terlibat ialah wakil daripada firma-firma senibina terkemuka seperti Suqizam Ibrahim Architects Sdn. Bhd, YO.CH Architects Sdn. Bhd, Cityscape Architect, SA Architects Sdn. Bhd, dan GDP Architects.

Sesi ini bukan sahaja menjadi platform penilaian akademik, malah berfungsi sebagai ruang pembelajaran dinamik yang menghubungkan teori dan praktikal.

Pelajar berpeluang menerima kritikan membina, pandangan profesional serta inspirasi terus daripada industri, sekaligus meningkatkan tahap keyakinan dan kebolehpasaran graduan.

Dalam pada itu, Pengarah PUO, Dr. Hajah Salmi Che Meh, berkata pendekatan berasaskan industri ini merupakan elemen penting dalam memastikan graduan TVET kekal relevan dan kompetitif.

Katanya, PUO sentiasa komited dalam memperkasa pendidikan TVET yang berteraskan keperluan industri. Melalui penglibatan aktif panel industri dalam proses penilaian seperti ini, pelajar bukan sahaja memperoleh pengalaman pembelajaran autentik, malah dapat membina keyakinan diri serta memahami jangkaan sebenar dunia pekerjaan.

“Inisiatif ini selaras dengan usaha kami untuk melahirkan graduan yang holistik, berdaya saing dan mampu menyumbang kepada pembangunan sektor senibina negara,” katanya lagi.

Pelaksanaan program ini mencerminkan komitmen PUO sebagai institusi TVET premier dalam menyediakan pendidikan berkualiti tinggi yang berorientasikan industri serta menyokong agenda pembangunan bakat negara.-SUARA.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat