Tuaian pertama nanas peserta IPR Sabah dijangka 500 tan tahun depan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) INTAN yang diusahakan di Kota Marudu, Sabah dijangka akan mengeluarkan hasil tuaian nanas pertama sebanyak 500 tan pada suku keempat 2024.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, seramai 76 peserta kini terlibat secara aktif di lokasi tanaman yang dibimbing oleh Lembaga Industri Getah Sabah dan dengan nasihat teknikal daripada syarikat swasta tempatan.

“Sehingga pertengahan Oktober 2023, kawasan seluas 26 ekar daripada perancangan 200 ekar telah ditanam dengan 390 ribu pokok nanas, dan dijangka akan mengeluarkan hasil pertama sebanyak 500 tan pada suku keempat 2024.

“Terima kasih orang Sabah dan kerajaan negeri yang menyambut baik IPR INTAN di Sabah.

“Salah satu tapak IPR INTAN adalah di Kota Marudu, Sabah. Projek IPR INTAN di Kota Marudu ini memanfaatkan tanah pertanian seluas 200 ekar dengan tanaman nenas MD2,” katanya pada Rabu.

IPR dilancarkan pada 26 Februari 2023.

Usaha dan inisiatif yang dilaksanakan ini dijangka akan membantu mengurangkan beban rakyat, terutamanya golongan miskin tegar dan B40, dengan membantu meningkatkan pendapatan dan mendepani cabaran peningkatan kos sara hidup.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat