“Saya tiada kaitan langsung dengan MYAirlines, hentikan politik kotor ini” – Muhyiddin

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan beliau tiada kaitan langsung dengan syarikat penerbangan MYAirlines.

Bekas Perdana Menteri yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu mendesak, politik murahan yang kotor ini dihentikan.

“Saya dapati ada pihak yang cuba mengaitkan saya dengan kemelut yang melibatkan syarikat penerbangan MYAirlines.

“Saya ingin menegaskan bahawa saya tiada kaitan langsung dengan syarikat penerbangan ini atau mana-mana pemegang saham syarikat.

“Saya juga tidak mempunyai sebarang pengetahuan mengenai latar belakang syarikat ini,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Presiden Bersatu itu memaklumkan, carian beliau menunjukkan bahawa syarikat ini mendapat kelulusan bersyarat lesen perkhidmatan udara pada 22 Disember 2021 iaitu semasa beliau tidak lagi menjadi Perdana Menteri.

“Penglibatan firma guaman Rosli Dahlan Saravana Partnership (RDS) sebagai peguam bagi pihak pemegang saham syarikat MYAirlines tidak boleh dikaitkan dengan saya.

“RDS sebagai sebuah firma guaman berhak untuk mewakili sesiapa sahaja yang memerlukan khidmat guamannya.

“Saya percaya ada pihak-pihak tertentu yang cuba mencemarkan nama baik saya dengan membuat tuduhan jahat kononnya saya terbabit dengan syarikat ini. Hentikanlah politik murahan yang kotor ini,” gesa Muhyiddin.

Hari ini, Pengarah Jabatan Sisatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, pengasas bersama dan pemegang saham majoriti MYAirline Sdn Bhd, Goh Hwan Hua serta isteri dan anak lelakinya direman empat hari bagi membantu siasatan bermula hari ini.

Katanya, ketiga-tiga mereka ditahan bagi membantu siasatan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

Pada 12 Oktober lalu, MYAirline mengumumkan syarikat itu menggantung operasinya serta-merta akibat cabaran kewangan signifikan serta akibat tindakan pelabur dipercayai menarik diri pada saat akhir.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat