Keterbukaan Umno Melaka berunding dengan Pas tidak boleh dianggap “penderhakaan tersembunyi” – Ab Rauf

KUALA LUMPUR – Umno Melaka menegaskan keterbukaan parti itu mengadakan rundingan politik termasuk dengan Pas tidak boleh disalah tafsir sebagai satu bentuk “penderhakaan tersembunyi” dalam landskap politik semasa.

Pengerusi Umno Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, sebarang usaha yang dilakukan berlandaskan agenda memperkukuhkan kedudukan orang Melayu menerusi konsep Rumah Bangsa yang diperjuangkan parti itu.

Ab Rauf menjelaskan, Umno Melaka akan terus mengikut kerangka yang digariskan oleh Umno di peringkat pusat dengan membuka ruang seluas-luasnya kepada mana-mana pihak yang ingin bersama memperjuangkan agenda tersebut.

“Maksudnya kita mengalu-alukan mereka yang tidak bersama Umno dan untuk kembali semula dan melihat satu jambatan masa depan yang lebih gemilang untuk bangsa dan tidak menjejaskan satu formasi yang berlaku sekarang.

“Apa yang dibuat Umno Melaka nanti tidak ada satu kesan yang menunjukkan prasangka mendalam terhadap mana-mana parti atau mana-mana kaum seolah-olah Umno ini melakukan sebuah penderhakaan yang tersembunyi,” katanya lapor Malaysia Gazette di Melaka pada Jumaat.

Ketua Menteri itu mengulas kesediaan Umno Melaka membuka ruang kerjasama politik termasuk dengan Pas.

“Kita terbuka dan sedia untuk membuka ruang yang seluas-luasnya kepada sesiapa sahaja.

“Bukan sahaja kepada Pas, malah kepada mana-mana rakan kongsi yang boleh memberikan peluang politik yang terbaik kepada Umno Melaka,” katanya.

Ditanya sama ada beliau mempunyai formula baharu dalam menentukan hala tuju politik Umno Melaka, beliau secara berseloroh berkata perkara itu bergantung kepada keadaan semasa.

“Formula ini bergantung kepada masa dan keadaan. Bergantung kepada mas kahwin masa nak meminang anak saya ini,” katanya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat