Royalti Minyak Sabah, Bung Cuba Berunding Dengan Petronas

- Advertisement -

KEMABONG- Mustahil untuk kerajaan Persekutuan memberikan 20 peratus royalti seperti yang dijanjikan Pakatan Harapan (PH), namun ia akan dirunding bagi memberikan lebih manfaat kepada rakyat negeri di bawah bayu itu.

Perkara itu dimaklumkan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Bung Moktar Radin.

Buat masa ini, beliau cuma meminta rakyat Sabah untuk memberi mandat kepada Gagasan Rakyat Sabah (GRS) untuk megemudi negeri itu, kemudian akan berunding dengan Petroliam Nasional Berhad (Petronas).

“Saya pun tidak tahu bagaimana mahu ubah kandungan Perjanjian Malaysia 1963. Termaktub di dalamnya hanya lima peratus, jika rakyat tuntut 20 peratus ia agak mustahil.

“Tapi jangan risau, kita ada banyak lagi cara lain untuk berbincang dengan Petronas. Berikan kita (GRS) kemenangan, apabila sudah tadbir negeri kita tahulah runding dengan Petronas untuk tingkatkan bayaran royalti,” kata beliau.

Menurut Ahli Parlimen Kinabatangan itu lagi, sebenarnya Perjanjian Malaysia 1963 berhubung royalti minyak ini sudah 57 tahun, dan ia bukan perkara baru.

“Tetapi kerajaan Persekutuan memang sukar untuk meluluskan (20 peratus royalti) sebab terlalu mustahil.

“Sebab perjanjian ini termetri selepas kita merdeka dengan syarikat antarabangsa termasuk syarikat- syarikat besar daripada luar negara kerana pada ketika itu Malaysia tidak ada kepakaran menggerudi minyak dan mengeluarkan minyak jadi terpaksa mengguna pakai kepakaran dari luar negara.

“Jadi perjanjian itu selagi ada bulan selagi ada bintang ia tidak akan diubah, jadi saya pun tidak tahu macam mana nak mengubah, tapi kita cuba berbincang dengan Petronas,” katanya.

Pada 16 September lalu, GRS membentangkan Aku Janji untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, yang mengumumkan untuk menubuhkan Majlis Petroleum Sabah dan dana Petrosabah bagi memelihara kepentingan generasi akan datang.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat