Pendakwaan Sanusi berkaitan Institusi Raja-Raja bukan politik – PM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim Anwar Ibrahim, menegaskan penggunaan Akta Hasutan dalam pendakwaan ke atas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor bukan satu tindakan politik, tetapi merupakan usaha menjaga kehormatan Institusi Raja-Raja Melayu.

Menurut Anwar kerajaan tiada pilihan kerana Muhammad Sanusi telah menyentuh mengenai Raja-raja dalam ucapannya.

“Saya dari segi dasar elakkan penggunaan Akta Hasutan, jadi yang ini bila menyentuh kedudukan raja-raja harus kita pelihara, sanjung dan elak jadi suatu wacana perbahasan politik yang tidak sihat.

“Soal kritik Perdana Menteri, saya tak pernah gunakan itu sebagai suatu alasan (bagi mengenakan tindakan di bawah Akta Hasutan),” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Program Sentuhan Agro Madani Peringkat Negeri Selangor, di Sekinchan hari ini.

Perdana Menteri berkata demikian ketika mengulas kritikan oleh beberapa peguam seperti Datuk Zaid Ibrahim dan Datuk S. Ambiga yang menyifatkan penggunaan Akta Hasutan tidak menepati janji-janji Pakatan Harapan sebelum ini.

Anwar juga meminta semua pihak supaya menghormati proses mahkamah.

“Polis buat siasatan, peguam negara pun buat pendakwaan, jadi saya tidak mahu ganggu proses dan saya minta akan teliti pendakwaan. Yang pertama berkenaan dengan laporan dan kemudian apa alasan peguam negara yang melihat kepada pendakwaan selepas siasatan polis. Jadi, kena hormat proses mahkamah,” katanya.

Anwar juga enggan mengulas mengai tindakan pihak polis menahan Sanusi pada jam 3 pagi dan menyifatkan polis mempunyai perkiraan sendiri dalam membuat penahanan.

Sanusi ditahan polis dekat sebuah hotel di ibu negara pada jam 3 pagi tadi sebelum dibawa ke Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak untuk disiasat di bawah Seksyen 4 (1)(A) Akta Hasutan 1948.

Susulan penahanan itu, Sanusi kemudiannya dihadapkan di dua Mahkamah Sesyen Selayang di Kuala Lumpur hari ini, atas dua pertuduhan menghasut berhubung isu pelantikan menteri besar Selangor dan penubuhan kerajaan perpaduan dalam satu ceramah politik, pada 11 Julai lalu.

Bagaimanapun, dia mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan yang dikenakan ke atasnya di Mahkamah Sesyen berasingan.

Kedua-dua hakim membenarkan menteri besar itu diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin bagi setiap pertuduhan dan mengarahkan tertuduh tidak membuat sebarang komen berhubung kes sehingga kes berkenaan selesai.

Hakim juga menetapkan 4 Okt untuk sebutan kes bagi serahan dokumen.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat