“Kamu memang gila” – Trump Didakwa Tempelak Netanyahu Dalam Panggilan Telefon

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dilaporkan campur tangan bagi menghalang tindakan ketenteraan Israel di Beirut ketika ketegangan di Lubnan terus memuncak, menurut laporan Reuters.

Reuters melaporkan Trump menghubungi Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, selepas menerima maklumat bahawa Israel sedang mempertimbangkan serangan lanjut ke atas sasaran di Beirut susulan dakwaan pelanggaran gencatan senjata oleh Hezbollah.

Menurut laporan itu, Trump mendesak Israel supaya tidak meneruskan serangan berkenaan bagi mengelakkan konflik yang lebih besar serta menjejaskan usaha diplomatik yang sedang digerakkan Washington di rantau Timur Tengah.

Dalam perkembangan sama, portal berita Amerika Syarikat, Axios, melaporkan perbualan telefon antara Trump dan Netanyahu itu berlangsung dalam suasana tegang.

Memetik seorang pegawai AS yang mengetahui perbualan tersebut, Axios mendakwa Trump mengkritik keras tindakan Netanyahu dan memberi amaran bahawa operasi ketenteraan Israel boleh menggagalkan usaha mengekalkan gencatan senjata.

Pegawai itu turut mendakwa Trump memberitahu Netanyahu bahawa beliau bertindak secara tidak rasional, selain meluahkan kebimbangan bahawa tindakan ketenteraan berterusan boleh menjejaskan imej Israel di peringkat antarabangsa.

Menurut Axios, Trump juga didakwa berkata kepada Netanyahu: “Kamu memang gila”, sebelum menambah bahawa sokongan antarabangsa terhadap Israel semakin merosot akibat konflik yang berpanjangan.

Bagaimanapun, kandungan perbualan yang didedahkan Axios itu tidak disahkan secara rasmi oleh Rumah Putih mahupun pejabat Perdana Menteri Israel.

Reuters pula melaporkan campur tangan Trump berjaya mengelakkan serangan lebih besar ke atas Beirut, walaupun Israel masih meneruskan beberapa operasi ketenteraan yang disifatkan sebagai tindak balas terhadap ancaman keselamatan.

Ketegangan terbaru itu mencetuskan spekulasi mengenai hubungan antara Trump dan Netanyahu, yang sebelum ini sering dilihat mempunyai hubungan rapat dalam pelbagai isu keselamatan dan dasar Timur Tengah.

Setakat ini, kerajaan Israel dan pentadbiran AS belum mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai dakwaan pertikaman lidah yang dilaporkan Axios, namun kedua-dua negara menegaskan komitmen mereka terhadap keselamatan serantau dan usaha mengelakkan konflik daripada terus merebak.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat