Sathianathan Meninggal Dunia Akibat Kanser

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Arena bola sepak negara menerima perkhabaran duka berikutan pemergian bekas pengendali skuad Harimau Malaya B. Sathianathan yang meninggal dunia akibat kanser di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Media, Komunikasi dan Perhubungan Awam Persatuan Bola Sepak (FAM) Christopher Raj ketika mengesahkan perkara itu berkata Sathianathan, 65, menghembuskan nafas terakhir pada 1.25 tengah hari ini.

“Beliau melawan kanser selama hampir setahun dan mendiang sebenarnya sudah berada di hospital sekitar dua hingga tiga bulan lepas.

“Saya akan maklumkan butiran mengenai upacara pengebumian nanti, kerana kami kini berada di hospital untuk menguruskan jasadnya,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Sementara itu, FAM turut mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang atas pemergian Presiden Persatuan Jurulatih Bolasepak Malaysia (PJBM) hari ini.

Pencapaian terbaik mendiang adalah ketika mengemudi skuad bawah 23 tahun (B-23) untuk menjuarai Pestabola Merdeka 2007, dan dilantik sebagai ketua jurulatih Harimau Malaya sehingga awal 2009.

Bekas pemain Negeri Sembilan itu pernah menjadi jurulatih beberapa pasukan tempatan antaranya Kelantan, Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Felda United, Selangor dan kali terakhir sebagai pengendali Sarawak United.

Sathianathan sebelum ini terpaksa berehat seketika daripada arena bola sepak selepas menjalani rawatan kesihatan pada tahun lepas.

– BERNAMA

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat