Tiada Kaitan Vaksin, Jururawat Meninggal Dunia Kerana Serangan Jantung – Dr Hisham

- Advertisement -

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan mengesahkan kematian seorang jururawat Hospital Pulau Pinang adalah disebabkan serangan jantung dan bukan disebabkan suntikan vaksin COVID-19.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata jururawat terbabit disahkan meninggal dunia disebabkan penyakit yang dihidapi olehnya.

“Jururawat berkenaan meninggal dunia akibat serangan jantung lima hari selepas vaksinisasi, tiada kaitan dengan suntikan vaksin yang diberikan,” katanya kepada BH, ketika dihubungi, di sini hari ini.

Jururawat yang berusia 45 tahun itu bekerja di Pulau Pinang namun menetap di Sungai Petani dan menerima suntikan pertama vaksin lima hari lalu iaitu pada 12 Mac.

Sementara itu, Ketua Asisten Komisioner Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner Adzli Abu Shah yang dilaporkan oleh sebuah portal berkata, hasil laporan laporan autopsi forensik mengesahkan jururawat berusia 45 tahun itu meninggal dunia disebabkan serangan jantung.

Wanita itu bertugas di wad unit rawatan intensif neonatal (NICU) Hospital Pulau Pinang sejak hampir 20 tahun.

Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan sudah dilaksanakan sejak 24 Februari lalu.

Sehingga semalam seramai 367,213 petugas barisan hadapan dan beberapa individu lain sudah disuntik vaksin untuk kali pertama.

Program itu dilaksanakan menerusi tiga fasa, bermula dengan kumpulan barisan hadapan, disusuli kumpulan berisiko tinggi dan rakyat berusia 18 tahun ke atas.

Ia bagi memastikan antara 70 hingga 80 peratus rakyat di negara ini menerima vaksin menjelang Februari 2022, sekali gus membentuk imuniti kelompok untuk mengekang penularan COVID-19. – BH

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat