1,213 Kes Baru Covid-19, Tiga Kematian Direkodkan Hari Ini

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Jumlah kes sembuh harian dalam negara sekali lagi mengatasi angka kes positif baharu COVID-19 apabila 1,503 individu lagi disahkan pulih pada Khamis,, sekali gus menjadikan jumlah terkini kes yang sembuh kepada 312,461 kes.

Dalam pada itu 1,213 lagi kes positif dikesan sepanjang 24 jam yang lalu melibatkan 1,207 kes tempatan dan selebihnya kes import.

Menurut Kementerian Kesihatan (KKM), pertambahan kes positif tersebut menjadikan angka kes positif di negara ini kepada 328,466 kes.

Selangor masih lagi menjadi negeri tertinggi dalam pengesanan jangkitan kes positif iaitu 353 kes, diikuti dengan Sarawak (303 kes), Johor (142 kes) dan Pulau Pinang (104 kes).

Malah, terdapat beberapa negeri yang mencatatkan angka sifar bagi kes positif iaitu seperti di Putrajaya dan Perlis.

Jumlah kes aktif dalam negara kini berubah kepada 14,782 kes yang mana 155 daripadanya berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) termasuk 54 kes yang memerlukan bantuan alat pernafasan.

Juga dilaporkan, sejumlah tiga lagi kematian dikenal pasti dan menjadikan jumlah korban sehingga kini 1,223 kes. – Awani

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat