BN Mendahului Meskipun Hadapi Saingan Sengit Parti Gabungan Lain

- Advertisement -

Oleh: Muhamad Zharif Luqman Hashim

Pilihan raya umum ke-15 (PRU-15) bakal menjelang dua hari lagi. Menurut para penganalisis politik, PRU-15 menjadi sebuah pilihan raya yang bakal menyaksikan persaingan sengit antara calon yang bertanding. Malah, demokrasi yang diamalkan di Malaysia menjadi nadi perubahan landskap politik negara.

Terkini, berdasarkan unjuran firma Fitch Solution, Barisan Nasional (BN) dijangka memenangi PRU-15 disebabkan dasar yang sedang dilaksanakan oleh kerajaan BN pada ketika ini dilihat memberikan impak kepada pengurangan beban isi rumah dan meringankan aliran tunai kepada sektor ekonomi.

Malahan tawaran manifesto BN disifatkan realistik oleh pakar ekonomi berikutan penjajaran tawaran yang selari dengan hala tuju pembangunan ekonomi negara dalam jangka masa pendek, sederhana dan panjang.

Tambahan daripada itu, berdasarkan hasil tinjauan Malaysia Mengundi PRU15 yang dikendalikan oleh Pusat Kajian Pasaran Buruh Masa Hadapan (EUERA), terdapat beberapa dapatan menarik yang telah diperolehi dalam suasana ambang PRU-15.

Kajian ini telah dilaksanakan selama dua minggu iaitu sebelum hari penamaan calon sehingga awal minggu ini.

Sebelum dan selepas penamaan calon

Hari penamaan calon pada 5 November 2022 telah menyaksikan satu corak perubahan kecenderungan pilihan pengundi. Sebelum hari penamaan calon, 37.8% pengundi memilih PH, manakala 34.5% memilih BN.

Walau bagaimanapun, selepas penamaan calon didapati terdapat perubahan terhadap pilihan pengundi dengan 36.1% memilih BN, 33.1% dan 27.8% masing-masing memilih PH dan PN.

 

Calon Perdana Menteri pilihan

Bakal calon Perdana Menteri Ke-10 Malaysia turut menyaksikan persaingan yang sengit di antara pemimpin utama gabungan parti politik.

Menurut tinjauan, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob mendahului senarai pilihan pengundi dengan 27.3% diikuti oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin (23.5%), Datuk Seri Anwar Ibrahim (22.6%), dan Tun Dr Mahathir Mohamad (2.6%).

Walau bagaimanapun, terdapat sekitar 24.1% pengundi masih tidak pasti dengan calon Perdana Menteri yang sesuai.

Ciri-ciri pemimpin pilihan

Figura politik yang mempunyai ciri kepimpinan yang tinggi dan memberikan sumbangan kepada komuniti dan negara merupakan kriteria terpenting yang dipilih oleh pengundi.

Manakala, pengalaman dalam politik menjadi pilihan ketiga. Ini menunjukkan kematangan pengundi untuk memilih pemimpin yang boleh membawa suara mereka ke Dewan Rakyat kelak.

Pilihan golongan muda

Secara umumnya, golongan muda masih tidak pasti dengan pilihan undian mereka, di mana lebih satu pertiga golongan muda tidak menyatakan pilihan parti yang boleh mewakili suara mereka.

Walaupun begitu, berbanding tiga gabungan parti yang terbesar, BN dilihat masih menjadi pilihan golongan muda iaitu sebanyak 27.1%.

Isu utama yang disuarakan

Pengundi merasakan peningkatan taraf hidup, penciptaan peluang pekerjaan, peningkatan kos sara hidup, kemelesetan ekonomi, dan pengukuhan Ringgit Malaysia menjadi isu utama yang perlu diselesaikan oleh kerajaan baharu selepas PRU-15.

Ini memberi gambaran bahawa rakyat peka dengan keadaan semasa yang berlaku di Malaysia dan kerajaan baharu yang dibentuk perlu memberikan penekanan segera terhadap isu-isu ini agar kehidupan rakyat dapat diteruskan dengan selesa.

BN mendahului

Secara keseluruhannya, tinjauan ini menunjukkan BN masih mendahului pilihan pengundi, termasuk golongan pengundi muda, berbanding gabungan parti lain.

Walau bagaimanapun, persaingan sengit dijangka terus berlaku di antara semua parti yang bertanding sehingga hari membuang undi.

Muhamad Zharif Luqman Hashim
Ahli Ekonomi Pusat Kajian Pasaran Buruh Masa Hadapan (EU-ERA)

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,480FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat