JIM komited beri perkhidmatan yang baik kepada pelanggan – Ruslin

- Advertisement -

Oleh: Zihan Zari

PUTRAJAYA – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dalam kenyataannya merujuk kepada laporan media massa yang disiarkan pada 22 April lalu berkaitan kekecewaan seorang lelaki tidak dapat memperbaharui pasport ibunya kerana tidak boleh berbahasa Melayu di UTC Komtar, Pulau Pinang.

Ketua Pengarahnya, Datuk Ruslin Jusoh memaklumkan bahawa pelanggan tersebut telah dapat memperbaharui pasport dan mengambilnya pada 22 April lalu.

Ruslin menegaskan bahawa pegawai JIM tidak dibenarkan untuk menolak sebarang permohonan hanya kerana pelanggan gagal menguasai bahasa kebangsaan.

“Namun demikian, saya perjelaskan bahawa dalam melaksanakan tanggungjawab, mereka akan melaksanakan semakan rawak dari pelbagai aspek bagi mengesahkan permohonan.

“Walau bagaimanapun, semakan ini perlu dilakukan secara profesional dan berhemah.

“JIM komited dalam memberikan perkhidmatan yang baik kepada pelanggan dan sentiasa mengingatkan semua pegawai untuk menyantuni pelanggan mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan,” katanya.- Suara.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat