Jom Baca 10 Minit, meneroka ilmu pengetahuan – Aaron

- Advertisement -

Oleh: Zihan Zari

PUTRAJAYA – Kementerian Perpaduan Negara (KPN) melalui Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) menganjurkan ‘Program Jom Baca 10 Minit’ bagi melahirkan masyarakat dan mengamalkan budaya membaca serta mempunyai minda kelas pertama.

Menurut kenyataan KPN program ini telah disempurnakan oleh Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang secara hibrid di Dewan SMK Putrajaya Presint 9 (2) pada Selasa.

Beliau berkata, program ini merupakan program galakan membaca yang diadakan sempena dengan Sambutan Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia yang disambut pada 23 April setiap tahun.

Ianya satu kaedah untuk menggalakkan pembacaan dan memaklumkan kepada masyarakat mengenai perlindungan harta intelek dan hak cipta.

Katanya, tema “Pembacaan Melestarikan Perpaduan” dipilih pada tahun ini yang melambangkan tindakan meneroka ilmu pengetahuan.

Menerusi pembacaan dan pembelajaran, masyarakat dapat menyumbang kepada pemeliharaan perpaduan dalam kalangan komuniti.

“Program ini merupakan inisiatif ke arah membentuk masyarakat minat membaca sekiranya dibudayakan secara konsisten akan mengubah tabiat suka membaca rakyat Malaysia.

“Ianya dijayakan dan disokong oleh kementerian, jabatan, agensi, swasta serta badan bukan kerajaan (NGO) bagi meningkatkan pembudayaan membaca dalam kalangan masyarakat Malaysia.

“Kajian profil membaca rakyat Malaysia 2022/2023 yang dijalankan oleh PNM mendapati kadar pembacaan telah meningkat daripada 15 naskhah pada 2005 kepada 24 naskhah setahun pada 2022 dan 2023,” katanya.

Ujarnya, peningkatan ini adalah hasil daripada pelbagai program pemerkasaan yang dilaksanakan dari semasa ke semasa.

Kementeriannya, menerusi PNM akan meneruskan kempen membaca sepanjang tahun dan buat julung kali akan menganjurkan Karnival Baca Perdana pada Julai ini.

“Penganjuran program ini adalah untuk menghidupkan kembali ‘Kempen Bulan Membaca Kebangsaan’ yang pernah dilaksanakan suatu masa dahulu dengan tanda pagar (hashtag) #bacasamasama.

“Pelbagai aktiviti diadakan sempena program ini antaranya persembahan boneka , sesi bercerita , puisi bersama tokoh dan forum perpaduan melalui pembacaan.

“Ianya diharapkan dapat mempertingkatkan budaya membaca dalam kalangan masyarakat dan menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat.

“Selain itu, boleh menyemai semangat perpaduan dan kekitaan menerusi pembacaan,” katanya lagi. lagi.

Turut hadir, Ketua Pengarah Perpustakaan Negara (PNM), Salasiah Abdul Wahab. – Suara.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat