Bekas Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS Seru Undi BN Jika Mahu Halang Mudarat PH

- Advertisement -

CYBERJAYA – Bekas Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS, Datuk Khairuddin Aman Razali hari ini secara terbuka meminta ahli-ahli parti itu serta orang Islam di seluruh negara agar mengundi BN pada Pilihan Raya umum Ke-15 (PRU15) ini, lapor Malaysiakini.

Khairuddin yang juga penyandang Ahli Parlimen Kuala Nerus berkata ini kerana hanya BN yang mampu menghalang mudarat kemenangan PH, berbanding Perikatan Nasional (PN) yang menurutnya tidak mempunyai ahli yang ramai.

“Di kala PAS tidak bersedia untuk berpakat dengan UMNO sedangkan matlamat bersama PAS dan UMNO adalah menyekat kemenangan PH maka orang Islam tak ada pilihan, kena undi BN pada PRU5 kali ini.

“Sebab apa? Sebab menghalang mudarat PH adalah wajib. Mudarat mesti dihilangkan, sepatutnya mudarat PH dihilangkan dengan muafakat antara PAS dan Umno yang besar sokongannya, 3.4 juta (ahli UMNO) campur sejuta (ahli PAS), jadi 4.4 juta orang.

“Tetapi di kala 4.4 juta sokongan tak berlaku, kita nak kena sokong (UMNO) yang 3.4 juta orang. Jangan sokong (PAS) yang sejuta campur lagi entah berapa daripada Bersatu yang ada seratus ribu dua ratus ribu ahli saja,” katanya, dipetik dari ucapan beliau di majlis bersama jentera BN Parlimen Kuala Nerus, Kuala Terengganu, hari ini.

Turut hadir adalah bekas Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman.

Khairuddin sebelum ini dikenali antara yang menjadi antara tulang belakang dalam mengusahakan kewujudan Muafakat Nasional (MN) dengan UMNO.

Beliau mengumumkan keluar daripada PAS pada Mac lalu dipercayai ada kaitan dengan isu-isu berkaitan dengan usaha menyatukan UMNO dan PAS selepas parti itu menyertai PN, kata laporan itu.

Bekas pemimpin PAS itu menegaskan cara terbaik untuk menghalang kemenangan PH pada PRU15 hanyalah dengan memberi sokongan kepada BN.

“Untuk halang PH menang hanya (dengan undi) BN. PN yang tak ada jentera dan ahli PAS sejuta orang tak mampu nak sekat kemaraan PH.

“Undi yang kita bagi kepada PAS dan PN hanya pecahkan undi (Melayu Islam)… Orang-orang PAS kena undi BN kali ini, pandangan saya orang PAS kekal dengan PAS jangan keluar parti, tapi (beri) undi kepada BN.

“Ahli-ahli PAS, pimpinan PAS kekallah istiqamah dengan PAS tapi PRU kali ini undi BN untuk halang mudarat PH,” tegasnya, seperti dilaporkan portal itu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat