Jangan leka berebut ‘harta rampasan perang’, pesan Zahid kepada parti komponen BN

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan parti komponen Barisan Nasional (BN) agar ikhlas dalam berkawan.

Presiden Umno itu menasihatkan supaya parti-parti dalam Kerajaan Perpaduan tidak bertelagah dan berunding penuh hikmah.

Pesan saya jangan bertelagah, banyakkan bermuhasabah dan berunding dengan penuh hikmah.

“Hargai nikmat berkerajaan yang Allah SWT berikan dan jangan leka berebut “ghanimah” (harta rampasan perang) sehingga kita lupa agenda utama adalah untuk memastikan kestabilan agar negara makin sejahtera dan rakyat beroleh kemakmuran yang melimpah ruah,” pesan Timbalan Perdana Menteri dalam kenyataan di Facebook, malam tadi.

Zahid berkata demikian memandangkan kita bakal menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) N.06 DUN Kuala Kubu Baharu berikutan pemergian mendiang, Lee Kee Hiong.

Kata Pengerusi BN itu lagi, fokus dan tekad kini adalah untuk terus memastikan kemenangan siapa jua calon Kerajaan Perpaduan yang akan diumumkan nanti.

“Ini bagi memastikan aspirasi Malaysia Madani dapat terus diperhebatkan dan kerjasama yang terbina ini terus berkekalan.
“Adat berkawan biarlah ada keikhlasan. Adat bekerjasama biarlah ada kesungguhan,” katanya.

Sebelum itu, Naib Presiden Umno, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berharap MIC dan MCA mempertimbangkan semula tindakan mereka menjelang PRK DUN Kuala Kubu Baharu agar kemenangan PRK kali ini terus kekal menjadi milik Kerajaan Perpaduan yang menjadi teras kepada kestabilan dan kemakmuran negara kita ini.

Beliau mengambil maklum mengenai keengganan MCA dan MIC untuk turun berkempen pada PRK Kuala Kubu Baharu pada 11 Mei depan sekiranya kerusi DUN itu tidak ditandingi oleh calon daripada BN.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat