PRK KKB: MCA, MIC perlu timbang semula keenganan tidak turun kempen – Wan Rosdy

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Naib Presiden UMNO, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail menggesa MCA dan MIC mempertimbang semula keputusan untuk tidak turun berkempen pada Pilihan Raya Kecil Kuala Kubu Bharu pada 11 Mei depan.

Kata Wan Rosdy, keenganan mereka tidak mendatangkan kebaikkan kepada kedua-dua parti tersebut, sebaliknya tindakan mereka itu akan menjauhkan lagi mereka daripada masyarakat yang diwakili mereka.

Tambah Wan Rosdy yang juga Menteri Besar Pahang, MCA dan MIC harus berlapang dada siapa calon yang sesuai untuk bertanding di kerusi tersebut.

”Saya mengambil maklum mengenai keengganan MCA dan MIC untuk turun berkempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu pada 11 Mei depan sekiranya kerusi DUN itu tidak ditandingi oleh calon daripada Barisan Nasional (BN).

“Saya menghormati keputusan kedua-dua parti tersebut, tetapi sebagai rakan kerjasama politik dalam Kerajaan Perpaduan, kita juga harus menerima apa jua keputusan untuk meletakkan siapa calon yang sesuai untuk bertanding di kerusi tersebut.

”Dalam meraikan politik baharu yang lebih matang terutamanya selepas PRU-15, parti-parti komponen BN termasuk UMNO sekalipun harus menerima perubahan ini kerana kita telah bersetuju bersama dalam pembentukan Kerajaan Perpaduan,” kata Wan Rosdy menerusi kenyataan medianya, pada Ahad.

Menurut Wan Rosdy lagi, formula kerjasama ini telah memberikan kita peluang lebih baik seperti mana kemenangan yang telah BN capai ketika PRK Pelangai dan juga Tioman.

”Saya juga melihat keengganan MCA dan MIC untuk memberi kerjasama tidak mendatangkan kebaikkan kepada kedua-dua parti tersebut, sebaliknya tindakan mereka itu akan menjauhkan lagi mereka daripada masyarakat yang diwakili mereka.

”Oleh itu, saya berharap MIC dan MCA mempertimbangkan semula tindakan mereka itu agar kemenangan PRK kali ini terus kekal menjadi milik Kerajaan Perpaduan yang menjadi teras kepada kestabilan dan kemakmuran negara ketika ini,” ujarnya.

Terdahulu, Jawatankuasa Pembangunan Politik MCA pada Jumaat dilapor memutuskan untuk tidak terlibat dalam sebarang aktiviti kempen PRK DUN Kuala Kubu Baharu sekiranya calon dikemukakan bukan daripada BN.

MIC sebelum ini turut membuat keputusan sama dengan alasan serupa.

Pada pilihan raya negeri, tahun lalu, Lee Kee Hiong daripada DAP berjaya mempertahankan kerusi DUN Kuala Kubu Bharu dengan majoriti 4,119 undi apabila mengalahkan Teoh Kien Hong (GERAKAN), Siva Prakash Ramasamy (MUDA) dan Chang Boon Lai (Parti Rakyat Malaysia).

Kerusi itu diisytiharkan kosong selepas Kee Hiong meninggal dunia pada 21 Mac lalu. Pengundian bagi PRK itu akan berlangsung pada 11 Mei depan, manakala hari penamaan calon pada 27 April.

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat