Bukan PN, Tapi PAS Yang Sedia Bergabung Dengan BN – Takiyuddin

- Advertisement -

CYBERJAYA – Bukan Perikatan Nasional (PN) tetapi PAS yang bersedia untuk bergabung dengan Barisan Nasional (BN) sekiranya tidak mendapat majoriti mudah pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), lapor portal berita Sinar Online hari ini.

Memetik laporan itu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pendirian PAS jelas jika diminta untuk bergabung, maka parti itu akan memilih BN.

Beliau menambah, tidak akan sesekali bergabung dengan Pakatan Harapan (PH) atau mana-mana parti komponen PH.

“Mana-mana parti yang mendapat majoriti mudah minimum 112 kerusi pada PRU15 nanti, parti itu akan menubuhkan kerajaan sendiri tetapi jika sebaliknya, akan ada parti bergabung untuk membentuk kerajaan.

“Oleh sebab itu, PAS perlu bergabungan dan pilihan adalah dengan BN,” katanya.

Menjelaskan lebih lanjut, Takiyuddin berkata kenyataannya pada Isnin berkait PN dan BN mungkin bergabung membentuk kerajaan selepas PRU15 sepatutnya adalah merujuk kepada parti PAS dan bukannya PN.

“Saya tidak mempunyai autoriti untuk mengeluarkan kenyataan bagi PN, saya bercakap atas kapasiti sebagai Setiausaha Agung PAS.

“Saya juga sudah merujuk Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan dan mempunyai pandangan yang sama berhubung perkara itu iaitu bergabung dengan BN jika tidak mendapat majoriti mudah pada PRU15,” katanya.

Terdahulu pada Selasa, Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin menafikan parti itu akan bergabung dengan BN selepas PRU15 sepertimana yang didakwa Takiyuddin pada Isnin.

author avatar
Mohd Faizul
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat