10 kru terkorban nahas dua helikopter TLDM bertembung ketika raptai di Lumut

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Seramai 10 kru dilaporkan terkorban setelah dua helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) bertembung kira-kira pukul 9.45 pagi tadi.

Menurut makluman awal diterima, dua helikopter tersebut bertembung semasa raptai hari ulang tahun TLDM ke-90

“Kedua-dua pesawat telah berlepas dari Padang Sitiawan pada 0903H.

“Pesawat HOM telah terhempas di tangga Stadium TLDM Lumut manakala pesawat Fennec terhempas di kolam renang Komplek Sukan TLDM Lumut,” maklum kenyataan itu, memetik Kosmo! pada Selasa.

Difahamkan dua helikopter terbabit sedang membuat raptai sempena Hari Terbuka Armada TLDM yang dijadual berlangsung pada 3 hingga 5 Mei depan di Pangkalan TLDM Lumut.

Sementara itu, Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri dilaporkan mengesahkan kejadian berlaku.

Kredit foto: Sinar Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat