PPM rangkul pingat emas & anugerah khas di Pameran Rekacipta Antarabangsa Geneva ke-49 Palexpo

- Advertisement -

Oleh Zihan Zari

KUALA LUMPUR – Pusat Penyelidikan Mineral (PPM) , Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) merangkul pingat Emas dengan Special Congratulations from Jury.

PPM turut meraih Special Award (Potential To Significantly Enhance Human Living) daripada Taiwan Invention Association (TIA) melalui projek inovasi ‘Rejuvenating Global Wealth via Remineralisation’ dalam pertandingan 49th Geneva International Exhibition Of Inventions pada 17 – 21 April lalu di Palexpo, Geneva, Switzerland.

Menurut kenyataan Ketua Pengarahnya, Datuk P.Geol. Zamri Ramli, mengucapkan syabas dan tahniah kepada pasukan penyelidik dari PPM yang diketuai oleh Dr. Rohaya Othman dan Dr. Emee Marina Salleh.

Menurut Zamri, projek ini adalah kajian kepada kalsium karbonat termendak (PCC) dihasilkan dengan mengitar semula sisa kapur karbida daripada industri gas asetilena.

Menurutnya, melalui pemineralan semula ini, PCC digunakan sebagai bahan pengisi lestari dalam pelbagai produk komersial dan boleh digunakan dalam industri lain seperti cat, kertas, plastik, bahan salutan dan sebagainya.

Katanya, melalui inovasi, sisa buangan industri telah ditambah nilai kepada mineral boleh guna semula dan memastikan kelestarian alam terus terpelihara.

“Bagi memastikan produk ini akan dimanfaatkan sebaiknya, ia akan dikomersilkan melalui perkongsian pintar dan kerjasama dua hala antara JMG dan kerajaan negeri Perak.

Projek ini telah diiktiraf sebagai pemenang Anugerah Inovasi Menteri Besar Perak sempena Hari Inovasi negeri Perak tahun lepas , ”katanya lagi.

Ujarnya, projek ini memperlihatkan potensi JMG untuk terus meningkatkan kelestarian bumi hijau seiring dengan hasrat kerajaan Perak ke arah ‘Perak Sejahtera 2030’.

Dalam pada itu, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) , Nik Nazmi Nik Ahmad, telah menyampaikan sijil kepada delegasi PPM sebagai tanda penghargaan terhadap inovasi baharu bagi pembangunan negara melalui bidang mineral dan geosains.

“NRES melalui JMG akan sentiasa menghasilkan inovasi baharu dan berteknologi tinggi bagi pembangunan negara demi kesejahteraan rakyat serta mencipta kekayaan baharu negara melalui bidang mineral dan geosains, ”menurut kenyataan itu lagi.-SUARA.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat