Pendigitalan PMKS Perak diperkasa menuju Revolusi Industri

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Unit Perancang Ekonomi (EPU), Jabatan Perdana Menteri (JPM) menjalin libat urus dengan Kerajaan Negeri Perak menekankan mengenai pendigitalan khususnya untuk perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).

EPU dalam satu kenyataan media memberitahu, kepentingan kualiti liputan perlu diberi perhatian, bukan hanya sekadar penembusan jalur lebar mudah alih.

Hari ini EPU mengadakan siri jerayawara (roadshow) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12) bersama Kerajaan Negeri Perak yang dihadiri oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Menteri Besar Perak, Datuk Saarani Mohamad, Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak, ketua-ketua jabatan dan wakil pertubuhan masyarakat sivil (CSO).

” Jerayawara ini bertujuan menghebahkan dasar, strategi dan inisiatif RMKe-12 kepada semua pihak berkepentingan di peringkat negeri. EPU telah mengadakan 11 siri jerayawara bersama kerajaan negeri termasuk bersama Kerajaan Negeri Perak dan sesi libat urus bersama ahli akademik, kumpulan pemikir dan wakil industri.

” Fokus perbincangan sesi libat urus bersama Kerajaan Negeri Perak ialah pembangunan digital di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12). Ini kerana ketersambungan digital adalah pemacu utama untuk mencapai pertumbuhan yang inklusif dan mapan.

“Dalam libat urus hari ini, Kerajaan Negeri Perak menekankan mengenai pendigitalan khususnya untuk perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS). Kepentingan
kualiti liputan perlu diberi perhatian, bukan hanya sekadar penembusan jalur lebar mudah alih,” kata kenyataan itu lagi.

Tambahnya, infrastruktur digital di Perak sedang ditambah baik melalui Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) yang dilasakankan bermula tahun 2020 sehingga 2022.

Berikut adalah pencapaian JENDELA di negeri tersebut sehingga suku keempat 2021 iaitu membina 176 buah menara baharu bagi memperluaskan liputan 4G dan sehingga kini sebanyak 46 menara baharu telah siap dibina.

“Selain itu menaik taraf 1,882 stesen pemancar untuk liputan 4G. Daripada jumlah tersebut sebanyak 1,596 stesen telah dinaik taraf; 252,475 premis akan menerima capaian gentian optik. Sebanyak 107,944 premis telah menerima capaian gentian optik.

“Bukan itu saja 73 buah perkampungan Orang Asli akan menerima liputan jalur lebar satelit tanpa wayar. Status terkini, semuanya masih dalam pelaksanaan,” ujarnya.

Dalam pada itu, katanya, Mesyuarat Jemaah Menteri pada 13 Oktober 2021 telah bersetuju menubuhkan Majlis Ekonomi Digital dan Dasar Revolusi Perindustrian Keempat (4IR) Negeri yang dipengerusikan oleh Mustapa dan dianggotai oleh exco-exco kerajaan negeri yang bertanggungjawab dalam portfolio digital.

“Mesyuarat pertama akan diadakan dalam masa terdekat. Majlis ini bertujuan mengharmonikan pelan pembangunan digital di peringkat Pusat dan Negeri berdasarkan RMK-12, Rangka Tindakan (Blueprint) Ekonomi Digital Malaysia dan Dasar 4IR Negara.

“Ini juga akan memastikan kualiti ketersambungan digital dan akses kepada internet berada pada tahap yang terbaik untuk manfaat kepada rakyat.
Pendigitalan amat penting untuk pemulihan ekonomi akibat COVID-19 dan kemampanan ekonomi.

” Majlis Ekonomi Digital dan Dasar Revolusi Perindustrian Keempat (4IR) Negeri amat penting untuk Pusat dan negeri dapat bergerak seiring mencapai sasaran Rangka Tindakan (Blueprint) Ekonomi Digital Malaysia.

“Selain itu, inisiatif Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri perlu dijajarkan untuk mentransformasikan Malaysia menjadi negara berpendapatan tinggi yang
berpacukan teknologi dan pendigitalan.

“Ia akan turut menjadi platform untuk berkongsi idea dan pengalaman mengenai pembangunan digital di negeri masing-masing kerana ada di antaranya telah mempunyai perancangan yang teliti untuk masa depan,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat