Kes baru COVID-19 naik 16 peratus, petanda gelombang baru?

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Nampaknya kemaraan ‘serangan’ COVID-19 masih mengganas apabila direkodkan jangkitan COVID-19 setakat jam 12 tengah hari tadi merekodkan lonjakan 16.1 peratus kepada 6,288 kes, berbanding 5,413 kes semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata peningkatan itu menjadikan jumlah keseluruhan angka jangkitan virus berkenaan sebanyak 2,563,153 kes.

Katanya, maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman web http://covidnow.moh.gov.my dengan data setiap hari dikemaskini selepas tengah malam.

Semalam, media melaporkan pegawai perubatan memberi amaran gelombang baharu COVID-19 dijangka membadai negara pada Disember depan.

Menerusi ciapan di Twitter, Dr Azfar Kamal yang bertugas di Hospital Sungai Buloh memaklumkan, lonjakan kes akan berlaku dalam tempoh dua minggu akan datang.

Menurutnya, pusat COVID-19 sedang melakukan persediaan untuk menghadapi gelombang baharu.

“Wad dan unit rawatan rapi (ICU) hospital kembali dipenuhi oleh pesakit COVID-19 kategori empat dan lima.

“Tolong amalkan prosedur operasi standard (SOP), basuh tangan dan jaga jarak selain memakai pelitup muka sepanjang masa. Bagi mereka yang bakal ke luar negara, dapatkan dos penggalak segera. Jaga diri,” katanya pada Selasa.

Kes baharu positif COVID-19 menunjukkan peningkatan sejak minggu lalu susulan orang ramai melakukan pergerakan rentas negeri sempena cuti Deepavali selain hampir semua sektor dibenar kembali beroperasi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat