Calon Ketua Menteri Melaka PN seorang wanita, parti umum esok – Hamzah

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Calon Ketua Menteri Melaka dari Perikatan Nasional (PN) akan diumum esok, dua hari sebelum hari mengundi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Sabtu ini.

Perkara itu diberitahu Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, pada Rabu.

Hamzah yang juga Menteri Dalam Negeri memaklumkan perbincangan sudah dibuat bagi menampilkan calon terbabit, terutama individu yang diyakini boleh diterima rakyat negeri ini.

“Kita akan membincangkan isu ini bersama parti komponen yang lain. Saya sendiri sudah bertemu dengan Presiden BERSATU (Tan Sri Muhyiddin Yassin).

“Sebagai Setiausaha Agung PN, saya sudah memberikan pandangan saya. Untuk kita memilih seorang calon biarlah boleh diterima masyarakat keseluruhan dan berupaya menarik sokongan (pengundi) atas pagar,” katanya di Melaka.

Memetik BH, Hamzah juga memberikan bayangan kemungkinan calon Ketua Menteri itu adalah seorang wanita.

“Kalau ia seorang wanita, pernah satu ketika Melaka membawa cerita Tun Teja yang juga berperanan membangunkan negeri itu. Apa salahnya jika kali ini kita letakkan seorang wanita juga, kalau bukan wanita, kita pasti akan umumkan daripada kalangan calon kita.

“Itu menunjukkan kita ada calon lain, begitu juga Datuk Mohd Rafiq (Naizamohideen). Kita juga ada beberapa doktor profesional, jurutera jadi ini akan kita bincangkan dan umumkan esok,” katanya.

Selain Rafiq, antara nama yang disebut-sebut untuk jawatan itu, Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsuddin yang bertanding di DUN Tanjung Bidara.

Mengenai tempoh akhir kempen PRN Melaka, Hamzah yakin rakyat di negeri itu akan memberikan peluang kepada PN untuk menerajui kerajaan negeri.

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,609FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat