TPM: PN masih tak puas hati, mahu jumpa PM secara rasmi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Susulan tuntutan jawatan Timbalan Perdana Menteri masih tidak dipenuhi, Perikatan Nasional (PN) mahu mengadakan perjumpaan rasmi dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata, PN tidak mahu perjumpaan kasual ketika makan tengah hari sebaliknya pertemuan rasmi membabitkan delegasi PN bersama Perdana Menteri.

“Terima kasih Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar yang mengesahkan kenyataan saya tempoh hari. Kalau belum betul-betul jumpa, kata sajalah belum jumpa. Walaupun acuan UMNO, jangan mudah menipu rakyat.

“Wakil rasmi yang PN namakan adalah empat orang iaitu Setiausaha Agung PN Datuk Seri Hamzah Zainudin, Penolong Setiausaha Agung Datuk Seri Takiyuddin Hassan, Bendahari Agung Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, dan Ketua Penerangan Datuk Seri Azmin Ali.

“Kalau setakat jumpa waktu lunch, itu bukan perjumpaan rasmi yang sepatutnya,” kata Wan Saiful dalam kenyataan pada Isnin.

Hal ini kata beliau, kenyataan Ismail Sabri yang mendakwa telah bertemu delegasi PN adalah penipuan dan tidak beradab.

“Ismail Sabri perlu jelaskan kenapa dia menipu media dan rakyat.

“Semasa Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi Perdana Menteri, dia menubuhkan Majlis Presiden parti-parti dalam kerajaan. Semua Presiden parti ada dalam Majlis Presiden itu. Itu barulah Perdana Menteri yang berani. Bercakap depan-depan secara rasmi, bukan sembang waktu lunch.

“Apa yang Ismail Sabri takut sangat? Nak jumpa kawan segabungan secara rasmi pun tak berani? Atau ada perkara yang Ismail Sabri mahu sembunyi dan takut delegasi PN tanya? Maklumlah kita sudah tahu mengenai pelbagai skandal seperti Kapal Tempur Pesisir (LCS) yang kena atas batang hidung pemimpin UMNO sekarang ini,” bidas beliau.

Pada 13 Ogos lalu, Perdana Menteri dilaporkan berkata, beliau telah mengadakan pertemuan bersama PN dua minggu lalu yakni Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob berkata beliau telah mengadakan pertemuan bersama Perikatan Nasional (PN) dua minggu lalu pada minggu terakhir sesi sidang Dewan Rakyat di bangunan Parlimen itu dihadiri Setiausaha Agung PN, Hamzah dan Bendahari PN, Ahmad Samsuri .

“Dah…hari itu saya dah kata, dah ada (pertemuan). Bersatu telah sampaikan pandangan mereka dan saya pun dah sampaikan pandangan saya…jadi setakat itu sajalah,” katanya.

Baru-baru ini Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilaporkan telah membangkitkan perbincangan melibatkan lantikan Timbalan Perdana Menteri, menteri dan timbalan menteri dalam satu pertemuan dengan Perdana Menteri.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat