LCS: Rafizi nak berdebat dengan Tok Mat, tak mahu Isham Jalil

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden PKR, Rafizi menyatakan kesediaan untuk berdebat dengan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berbanding ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO (lantikan), Isham Jalil berhubung kontroversi perolehan Kapal Tempur Pesisir (LCS).

Kata Rafizi sejak beliau kembali aktif di gelanggang politik ramai pimpinan muda dalam UMNO berlumba-lumba ingin bersaing dengannya.

“Sejak balik politik ni, ramai BBNU (budak baru nak up) UMNO berlumba-lumba nak jadi hero UMNO, konon saya takut kat dia.

“Saya tak takut kat sesiapa. Saya takut Allah dan kubur saja. Saya bukan nak jadi menteri, nak kerusi dan lain-lain. Saya benci bangsawan buli rakyat, dari mana-mana parti pun, tegas Rafizi dalam ciapan di Twitternya, semalam.

Rentetan daripada itu, pengikut Twitternya bertanya, bilakah Rafizi akan berdebat dengan Isham, katanya rakyat menunggu detik itu.

“Saya debat dengan Tok Mat la Timbalan Presiden UMNO, buat apa nak debat dengan BBNU lantikan,” sindirnya.

Terdahulu, Najib dalam ucapannya di Konvensyen Wanita BN membangkitkan persoalan kepada Rafizi dan Veteran DAP, Lim Kit Siang kenapa sering mempersalahkan beliau dan BN berhubung LCS sedangkan katanya kemajuan kapal itu meningkat 53 peratus selepas BN tewas pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Semalam, Mohamad menegaskan projek LCS tiada kaitan dengan mana-mana parti dalam BN dan perkara itu tidak boleh dibiarkan menjadi fitnah yang merosakkan parti.

Sehubungan itu, beliau menggesa Biro Penerangan BN memberikan penjelasan mengenai isu berkenaan kepada rakyat di akar umbi supaya mereka tidak terpengaruh dengan fitnah baru yang ditaburkan.

Kata Mohamad, isu LCS kelihatan seperti jadual serangan yang didakwanya direka oleh pembangkang sebagai alat terbaru memfitnah BN.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat