Mahkamah tempat terbaik Najib bentang fakta bukannya di Facebook

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Mahkamah Persekutuan adalah tempat terbaik untuk Datuk Seri Najib Razak membentangkan fakta, bukannya di Facebook seperti yang beliau buat selama ini.

Menurut Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli, di mahkamah ada peraturan yang mengatur penghujahan kita mengikut undang-undang, supaya kita tidak boleh berbohong dan putar alam ikut suka kita.

“Saya berdoa supaya kebenaran akhirnya ditegakkan apabila perbicaraan akhir kes SRC bermula hari ini di Mahkamah Persekutuan.

“Inilah tempat terbaik untuk Najib membentangkan fakta, bukannya di Facebook seperti yang dia buat selama ini. Di mahkamah ada peraturan yang mengatur penghujahan kita mengikut undang-undang, supaya kita tidak boleh berbohong dan putar alam ikut suka kita.

“Saya selalu turun naik mahkamah semasa Najib berkuasa dan diteruskan pula semasa Pakatan Harapan (PH) berkuasa. Saya menang semua kes-kes saya (14 kes semuanya) berdasarkan hujah perundangan mengikut fakta. Sebab itu bagi saya, bila ke mahkamah ini kita akan berani jika kita benar,” ujar Rafizi dalam kenyataan pada Isnin.

Dalam pada itu, Rafizi membidas karektor Najib berbeza di mahkamah dan di Facebook.

“Di mahkamah, Najib mencari segala alasan untuk melambatkan kesnya. Di Facebook tangkas dalam 3 jam, di mahkamah kalau boleh 30 tahun pun lagi mahu dipanjangkan.

“Di Facebook, dia serba tahu dan serba benar. Di mahkamah dia serba tidak tahu dan serba tidak ingat, ” sindir Rafizi.

Pun begitu, dalam banyak-banyak perkara yang berlaku sejak 2018, antara yang beliau paling banggakan ialah kehadiran hakim-hakim yang bukan saja jujur tetap cerdik seperti Datuk Mohd Nazlan Ghazali.

“Beliau senior saya di Malay College Kuala Kangsar (MCKK) dahulu (walaupun 10 tahun lebih senior dari saya), anak pengetua MCKK yang dikenali seorang yang pendiam dan cerdik dari zaman sekolah. Beliau diterima dan lulus dari Oxford University, seterusnya mempunyai kerjaya yang cukup baik pada umur yang muda. Tokoh yang begini sepatutnya kita sanjung dan jadi inspirasi kepada anak-anak muda, bahawa kita boleh berjaya dan dihormati tanpa perlu rasuah di negara ini.

“Najib yang selalu memainkan sentimen Melayu, bila kantoi di mahkamah, menggerakkan kempen fitnah menuduh Nazlan sebagai seorang yang terpalit dengan rasuah. Ia diulang-ulang oleh anggota UMNO yang mengundang dosa kering setiap hari. Juga memfitnah saya dengan pelbagai tuduhan yang direka, itu boleh diterima kerana saya ahli politik.

“Memfitnah Nazlan, anak Melayu terbilang yang mewakili jati diri orang Melayu, yang dihormati rakyat pelbagai kaum, adalah satu perbuatan terkutuk.

“Saya berdoa supaya Allah melindungi hakim-hakim kita yang jujur dan adil. Sama-sama kita doakan supaya hakim-hakim yang jujur dipermudahkan urusan mereka dan kebenaran ditegakkan di negara ini.

“Najib pula, apa lagi yang kamu mahu #SayaPutarJib kali ini di mahkamah tertinggi negara? Alasan apa lagi yang kamu fikirkan untuk disebarkan cyber trooper kamu? Allah telah tetapkan segala-galanya dan Insyaallah ada hikmah dalam setiap yang berlaku,” ujar Rafizi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat