Teressa Kok Pertikai KKM Teliti Cadangan Kuarantin Individu Pulang Dari Sabah

- Advertisement -

CYBERJAYA – Anggota Parlimen Seputeh dari DAP, Teresa Kok mempertikaikan langkah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang akan meneliti cadangan supaya individu yang pulang dari Sabah selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) menjalani kuarantin wajib.

Teresa yang juga bekas Menteri Industri Utama semasa pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH) menyifatkan cadangan kuarantin itu seakan cubaan menghalang pengundi Sabah di Semenanjung untuk pulang mengundi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN).

“Saya amat prihatin terhadap kenyataan yang dibuat oleh Menteri Kesihatan Dr Adham Baba bahawa Kementerian Kesihatan mengenakan kuarantin wajib terhadap mereka yang pulang ke Semenanjung dari Sabah selepas menjalankan urusan pilihanraya negeri Sabah.

“Walaupun kenyataan ini kemudian dinafikan oleh Menteri Kanan Ismail Sabri, tetapi ia telah membangkitkan persoalan sama ada kerajaan PN ingin menggunakan wabak Covid-19 sebagai alasan untuk menghalang pengundi Sabah untuk membuang undi di Sabah,” katanya, dipetik dari laporan Malaysiakini.

Semalam, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, cadangan kuarantin itu akan dibincangkan dalam Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi menilai keperluannya berdasarkan kajian risiko setiap hari.

“Sekarang ini belum ada keputusan (untuk kuarantin wajib).

“Kita akan buat kajian risiko setiap hari dan akan dibincangkan di Mesyuarat Khas Menteri-Menteri mengenai COVID-19 juga bersama Majlis Keselamatan Negara (MKN),” kata Dr Adham.

Sementara itu, memetik laporan sama, Teresa Kok berkata, peningkatan kes jangkitan Covid-19 di Sabah ketika ini hanya tertumpu kepada kluster Benteng LD melibatakan sebahagian besar pendatang tanpa izin (PATI) di negeri itu.

“Ini menunjukkan kes wabak Covid-19 yang meningkat di Sabah hanya tertumpu di kluster yang berkaitan pusat tahanan Pati di Tawau dan Lahad Datu sahaja, bukan seluruh Sabah,” katanya.

Ujar Teresa Kok lagi, cadangan kuarantin wajib itu akan menjejaskan kepulangan pengundi Sabah di Semenanjung dan merencatkan kegiatan ekonomi serta pegawai kerajaan yang menjalankan urusan kerajaan di antara Sabah dan Semenanjung. – SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat