Bukti Covid- 19 berasal dari makmal China bukan pasar basah Wuhan

- Advertisement -

CYBERJAYA- Pakar virologi, Dr Li-Meng Yan mengumumkan akan mendedahkan data saintifik bagi membuktikan Covid-19 berasal dari makmal di Wuhan, China.

Memetik laporan Astro Awani, katanya, pembongkaran ini mengesahkan bahawa virus ini bukan datangnya dari pasar basah seperti didakwa kerajaan republik itu.

Bahkan, menurut Dr Yan, makmal berkenaan didakwa dikawal sepenuhnya oleh kerajaan China.

“Perkara utamanya ialah (punca) di pasar daging di Wuhan itu adalah usaha untuk mengaburi mata, dan virus ini bukan terhasil secara semulajadi,” katanya semasa ditemu bual dalam program Loose Women.

Dr Yan bekerja di Pusat Pengajian Kesihatan Awam Hong Kong dalam bidang virologi dan imunologi.

Institusi pengajian itu adalah antara pusat rangkaian WHO bagi kajian penyakit berjangkit.
Beliau dipilih membuat kajian mengenai Covid-19 di China susulan kefasihannya bertutur dalam Mandarin.

Malah beliau, pernah mendakwa menemui bukti jangkitan virus daripada manusia dan kemudian melaporkan perkara itu kepada penyelianya.

Namun, penemuan yang dibuat tidak diendahkan walaupun ia mampu menyelamatkan banyak nyawa.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat