Akui Pernah Ditahan, Tapi Saya Bukan Pengganas – Calon Warisan

- Advertisement -

SANDAKAN – Calon Parti Warisan Sabah (WARISAN), Alias Sani mengakui beliau pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana disyaki menganggotai kumpulan pengganas, namun Alias menafikan dirinya adalah pengganas.

Alias yang bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sekong berkata, beliau ditahan di bawah akta pencegahan itu bermula 2003 sebelum dibebaskan empat tahun kemudian dan tiada perbicaraan diadakan.

“Saya ditahan tanpa bicara, dia hanya ‘preventive act’ dan saya tidak menyokong keganasan.

“Apa pun namanya, apa pun bangsanya, saya orang Islam yang cintakan perdamaian. Saya akan buktikan saya bukan pengganas,” katanya, dipetik dari laporan Sinar dan BorneoToday.

Sejak semalam, tular di media sosial sekeping gambar Alias bersama petikan berita pembebasannya bersama beberapa rakan selepas empat tahun ditahan bawah Akta ISA kerana disyaki menyertai kumpulan Jemaah Islamiah (JI).

Alias berkata, selama tempoh empat tahun dia ditahan di di Pusat Tahanan Kamunting, banyak ilmu agama yang berjaya didalaminya.

Menurutnya lagi di kalangan ahli politik juga ramai tahanan ISA yang kemudiannya menyumbang bakti kepada negara.

“Ramai tahanan ISA, Mat Sabu, Lim Kit Siang, Tun M (Tun Mahathir Mohamad), DSAI (Datuk Seri Anwar Ibrahim) yang akhirnya memberi sumbangan kepada negara melalui peranan dalam politik.

“Itu yang saya lakukan sekarang,” katanya. – SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat