DAP Guna Logo Parti Warisan Dalam PRN Sabah – Lim Guan Eng

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – DAP akan menggunakan logo Parti Warisan Sabah (Warisan) pada Pilihan Raya Negeri Sabah, seperti mana yang diminta jawatankuasa DAP negeri itu.

Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng bekata, ia merupakan keputusan yang sukar diputuskan Jawatankuasa Eksekutif Pusat parti tersebut.

“DAP telah memutuskan untuk menggunakan logo bersama seperti yang diminta oleh jawatankuasa negeri DAP Sabah.

“Semua calon DAP Sabah akan bertanding di dalam pilihan raya negeri di bawah panji Parti Warisan Sabah,” katanya dalam kenyataan.

Menurut Guan Eng, pertaruhan pada PRN Sabah adalah terlalu besar yang mana pihaknya tidak boleh kalah.

Tambah beliau, hanya dengan dengan bersatu akan memastikan kemenangan besar sekutu-sekutunya dalam Warisan Plus. – MalaysiaGazette

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,555FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat