Orang Melayu Tak Bijak Politik, Bila Tak Dapat Sesuatu Dia Tubuh Parti Baru – Mahathir

- Advertisement -

CYBERJAYA – Bekas Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata orang Melayu tidak begitu bijak dalam berpolitik kerana gemar menubuhkan parti baru apabila tidak dapat sesuatu atau kehendaknya tidak dipenuhi.

“Habislah jadinya bila banyak parti, saya selalu cakap benda ni banyak kali, orang Melayu tak bijak dalam politik.

“Dia pegang kuat kepada parti, lepas itu kalau dia tak dapat (sesuatu), dia buat satu parti (baru), tak dapat (juga) buat satu parti,” katanya, dipetik dari rakaman video temubual dengan KiniTV.

Mengulas lanjut, Dr Mahathir berkata, tindakan menubuhkan parti baru itu menyebabkan undi orang Melayu berpecah belah dan akibatnya orang bukan Melayu memegang kuasa penentu dalam pilihan raya.

“Jadi kita pecah undi orang Melayu, bila kita pecah undi orang Melayu, orang bukan Melayu akan tentukan siapa yang akan menang.

“Jika kita pecahkan undi orang Melayu, sama ada kita suka atau tidak, DAP atau MCA akan menentukan siapa yang akan menang, bukan kita.

“Kita boleh undi siapa sahaja (pemimpin) Melayu yang kita suka, yang anda fikir dia hebat atau tidak, tetapi dia takkan menang, pasal (kerana) orang bukan Melayu yang akan tentukan siapa yang akan menang,” katanya lagi.

Dr Mahathir turut menegaskan sikapnya yang tidak menyokong pembentukan banyak parti politik, namun mengakui beliau sendiri kini turut terlibat menubuhkan satu lagi parti politik.

“Itu sebabnya saya tidak suka tindakan membentuk terlalu banyak parti, tetapi sekarang saya tubuhkan satu lagi parti baru,” ujar Dr Mahathir, yang kini mengasaskan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), serpihan daripada PPBM.

Sementara itu, Dr Mahathir turut mengkritik rancangan bekas Ketua Armada PPBM, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang akan menubuhkan parti baru berasaskan orang muda.

“Saya kata dengan dia, kalau kita ada banyak parti, kita lawan sama kita, nanti kita kalah. Orang lain nanti menang, jangan pecahkan undi Melayu, itu saja.

“Kalau awak ambil orang muda, orang tua tinggal sini (Pejuang) siapa nak sokong parti baru ini? Habis lah jadinya bila banyak parti,” katanya. – SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat