EKSKLUSIF : BN – Warisan dijangka kompromi 50 kerusi dalam PRN akan datang

- Advertisement -

KOTA KINABALU – Barisan Nasional (BN) dan UMNO Sabah dilaporkan telah mengadakan beberapa siri perbincangan dengan parti Warisan bagi mencapai kompromi pada kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) tertentu dalam Pilihan Raya Umum Negeri (PRN) Sabah ke-17 nanti.

Dalam perbincangan quid pro quo ini, kedua-dua pihak dikatakan sedang berkemungkinan tidak bertanding antara satu sama lain di 50 kawasan daripada 73 kerusi DUN Sabah yang akan dipertandingkan nanti.

Menurut sumber yang mendakwa mengetahui secara mendalam mengenai perbincangan tersebut, setakat Februari ini, Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin dan Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal telah beberapa kali menemui kemungkinan kompromi ini.

“Kedua-dua pihak juga telah mengadakan penyelidikan dan kajian berasingan bagi melihat pelbagai kemungkinan dan peluang menang,” dakwa beliau.

Menurutnya, perbincangan tersebut melibatkan antara 25 – 30 kerusi dari UMNO dan 25-30 kerusi dari Warisan.


UMNO cuba mencari kata sepakat untuk Warisan memberi laluan di 25 kerusi tanpa cabaran daripada parti tersebut.

Ia melibatkan 14 kerusi yang dimenangi dalam PRN lalu dan 11 kerusi yang kini wakili oleh Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) yang dulunya dimenangi Bersatu dan bebas.

. Manis (Mohd Tamin bin Zainal), N.48 Sugut (Datuk James Ratib), N.51 Sg Manila (Mokran Ingkat), N.52 Sungai Sibuga (Hj Mohamad Hamsan), N.58 Lamag (Datuk Bung Moktar Radin), N.59 Sukau (Datuk Jafry Arifin), N.67 Balung (Hamild T.Surya) dan Muhammad A.

Kerusi-kerusi ini juga antara sebab UMNO tidak mahu bekerjasama dengan PGRS kerana parti tersebut dikatakan mahu terus bertanding di kerusi yang dimenangi BN tetapi wakil rakyatnya telah menyertai PGRS di DUN Sugut, Pantai Dalit, Tempasuk, dan Balung. PGRS juga mahukan BN terus mencalonkan Timbalan Ketua Menteri yang digantung keahlian UMNO, Ir Shahelmy di Tanjung Keramat

UMNO juga mencadangkan Warisan tidak bertanding di 11 kerusi lain melibatkan kerusi PGRS di Pitas, Pintasan, Paginatan, Liawan, Klias, Nabawan, Labuk, Apas, Kuala Penyu, kemabong dan Kuamut.

Sebagai balasan BN dan UMNO juga dikatakan tidak akan bertanding di 26 kawasan yang dimenangi oleh Warisan dalam PRN lalu melibatkan DUN Banggi, Darau, Likas, Luyang, Tanjung Aru, Petagas, Kepayan, Moyog, Limbahau, Bongawan, Sindumin, Melalap, Sekong, Karamunting, Elopura, Tanjung Papat, Tungku, Segama, Tanjung Papat, Tungku, Segama, Silangku Tanjong, Merotai, dan Sebatik.

Walau bagaimanapun, perbincangan agak ‘panas’ bagi kawasan Gum Gum dan Kukusan di mana BN kalah dengan majoriti 269 undi dan 10 undi kepada Warisan, dan BN berhasrat untuk bertanding semula kerana ia merupakan kawasan tradisi mereka.

BN Sabah yang melibatkan UMNO, MCA dan PBRS dijangka bertanding 38-42 kerusi DUN memberi peluang kepada pengundi memilih sebuah kerajaan yang stabil.

“Jika terjadi ia bukan kerjasama rasmi kedua-dua parti, tetapi lebih kepada persefahaman bersama membolehkan kedua-dua parti mempunyai asas yang kukuh dalam PRN akan datang,” dakwa sumber tersebut.

Hanya kompromi politik, bukan pakatan rasmi

Dikatakan asas perbincangan ialah, kerjasama ini, jika berlaku, tidak melibatkan kempen dan manifesto bersama, hanya meminta penyokong kedua-dua parti di kawasan tersebut memberi undi kepada calon yang dipersetujui bersama bagi 50 kawasan terlibat.

Manakala bagi 23 kawasan lain, keputusan untuk bertanding atau tidak bergantung kepada keputusan parti masing-masing tanpa ada sebarang kompromi atau kerjasama.”

Berdasarkan keputusan PRN 2020, kerjasama ini akan membolehkan BN menang 20 daripada 25 kerusi yang dipersetujui itu. Walau bagaimanapun ini hanyalah perkiraan atas kertas tanpa mengambil kira pembolehubah seperti pengundi baharu, faktor kekuatan jentera dan kewangan. -SUARATV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat