SPR belum tetapkan mesyuarat khas tentukan tarikh penting PRN Johor

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) masih belum menetapkan tarikh mesyuarat khas bagi menentukan tarikh penting Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor susulan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor.

Setiausaha SPR Datuk Khairul Shahril Idrus berkata, perkara itu masih dalam peringkat penelitian dan akan diumumkan sebaik sahaja diputuskan oleh suruhanjaya berkenaan.

Menurut beliau, SPR telah menerima pemakluman rasmi berhubung pembubaran DUN Johor dan kini sedang melaksanakan tindakan susulan mengikut peruntukan undang-undang pilihan raya.

“Tarikh mesyuarat khas SPR masih belum ditetapkan. Sebarang perkembangan mengenainya akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” katanya memetik Utusan pada Rabu.

Dalam mesyuarat khas itu nanti, SPR dijangka menetapkan tarikh writ pilihan raya, hari penamaan calon, hari pengundian awal serta hari pengundian bagi PRN Johor.

Semalam, SPR telah menerima pemakluman rasmi daripada Speaker DUN Johor mengenai pembubaran DUN Johor.
Pengerusi SPR, Datuk Seri Ramlan Harun berkata, notis berkenaan sudah diterima SPR semalam.

DUN Johor dibu­barkan berkuat kuasa sema­lam bagi memberi laluan ke­pada pelaksanaan PRN ke-16.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat