EKSKLUSIF: UMNO SABAH tolak saranan Perdana Menteri

- Advertisement -

KOTA KINABALU – Majoriti Ketua UMNO Bahagian di Sabah menolak saranan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya UMNO bekerjasama dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Pakatan Harapan (PH) dalam Pilhan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 pada tahun ini.

Menurut sumber, sekurang-kurangnya 22 daripada 25 Ketua UMNO Bahagian di Sabah tidak setuju mengadakan kerjasama dengan Parti Gagagan Rayat Sabah (PGRS) yang merupakan parti Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, dan komponen utama GRS.

Beberapa minggu lalu, Anwar Ibrahim mengadakan satu pertemuan dengan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan beberapa orang pemimpin BN/UMNO Sabah. Anwar mencadangkan agar BN Sabah bekerjasama dengan GRS dan PH dengan pembahagian kerusi seimbang antara BN, GRS dan PH sekitar 24-27 kerusi setiap parti.

Cadangan Anwar dikatakan mendapat maklum balas positif dari Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Timbalan Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan. Bagaimanapun sumber memberitahu Ketua UMNO Sabah dan Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin keberatan dengan idea tersebut.

Bung dikakatan berpendapat kerjasama BN-GRS-PH akan melemahkan UMNO Sabah dan juga kemungkinan berlakuknya jajaran politik yang melibatkan parti Warisan dan STAR.

“Majoriti Ketua UMNO Sabah berpendapat kerjasama dengan PGRS adalah tidak sesuai memandangkan pentadbiran Hajiji gagal menyelesaikan masalah prasarana asas rakyat dan kini terlibat pula dengan skandal rasuah yang cuba ditutup oleh penyiasatan yang perlahan dan berlengah-lengah.

Tapi perkara lebih utama ialah UMNO akan mempertahankan 14 kerusi yang telah dimenangani mereka dalam PRN ke-16 lalu, dan PGRS mahu meletak semula Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) BN yang menyertai mereka ,” kata sumber yang mahu kekal ketanpanamaan kepada Suara.TV.

BN Sabah telah merancang untuk bertanding sekurang-kurangnya di 42 kerusi Dewan Undangan Negeri Sabah sama seperti dalam PRN yang lalu. UMNO Sabah sendiri mensasarkan 35 kerusi termasuk ke semua 14 kerusi yang mereka menangi dalam PRN lalu.

Antara pertikaian utama ialah lima kerusi milik BN yang kini telah berpindah kepada PGRS. Ia melibatkan ADUN Sindumin, Datuk Dr Yusof Yacob, ADUN Sugut, Datuk James Ratib, ADUN Pantai Dalit,  Datuk Jasnih Daya, ADUN Tempasuk, Datuk Mohd Arsad Bistari dan ADUN Balung,  Datuk Hamid Awang telah menyertai PGRS.

Manakala satu lagi kerusi yang turut menjadi pertikaian ialah bagi DUN Tanjung Keramat di mana Timbalan Ketua Menteri, Datuk Ir. Shahelmey Yahya  tidak akan dicalonkan oleh BN tetapi mungkin dicalonkan oleh GRS.

Selain enam kerusi ini, BN juga dijangka akan bertembung dengan beberapa kerusi GRS yang sebelumnya merupakan kerusi tradisional BN tetapi dimenangi oleh calon bebas yang kini menyertai PGRS.

Sumber yang sama memberitahu, pandangan majoriti pemimpin UMNO Sabah ialah mengadakan kerjasama dengan Warisan akan lebih menguntungkan UMNO Sabah.

Malah UMNO Sabah kini dikatakan sedang berbincang mengadakan kerjasama dengan Star dan Warisan bagi menentang kerjasama GRS -PH. Presiden STARSabah, Tan Sri Jeffery Kitingan dikatakan tidak gembira dengan perubahan dasar politik Hajiji yang mahu mengadakan kerjasama dengan PH.

Bung Moktar enggan mengulas mengenai isu ini ketika dihubungi Suara.TV pada khamis lalu.

Sementara itu, penganalisis politik, berpendapat perubahan pendirian Hajiji Noor yang secara mengejut melontarkan cadangan kerjasama GRS – PH berbanding pendirian beliau sebelum ini yang menekankan kerjasama parti lokal sahaja mungkin berkait rapat dengan tersebarnya beberapa video dakwaan rasuah melibatkan beberapa anggota pentadbirannya.

“Mungkin kerjasama dengan PH akan memberi ruang kepada Hajiji melengahkan siasatan SPRM sehingga selepas PRN akan datang sekaligus menstabilkan GRS buat sementara waktu.

Parti Star kelihatan tidak gembira dengan skandal tersebut dan mungkin menarik diri dari GRS sekiranya terdapat pendakwaan sebelum PRN akan datang,” ujar penganalisis tersebut.-SUARA.TV

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat