‘Dirty Vote’ ungkap kegelisahan masyarakat Indonesia – Taufiq Rahman

- Advertisement -

JAKARTA — ‘Masa tenang’ Pilihan Raya Indonesia (Pemilu) yang kurang dari 24 jam telah mencetus kontroversi dengan tayangan filem dokumentari ‘Dirty Vote’, mengungkap ‘kecurangan’ atau penipuan dalam proses pemilihan presiden 2024.

Wartawan Suara TV, bertemu Ketua Pengarang The Jakarta Post, Taufiq Rahman, beliau berkata ‘Dirty Vote’ ini adalah satu bentuk ekspresi kebebasan masyarakat Indonesia melalui fakta-fakta yang dipaparkan.

Jelasnya bagi pengamal media di Indonesia, laporan kandungan filem dokumentari itu sebenarnya memberikan gambaran jelas mengenai apa yang terjadi di pemilu 2024 dari awal hingga akhir proses.

“Itu (dirty vote) adalah refleksi yang membuat kami media di sini bisa melaporkan fakta itu dan kita menanggap kegelisahan dari masyarakat dan kami para media dapat merasakannya”

“Buat kami pengamal media Indonesia ini secara data dan informasi ‘dirty vote’ itu tidak ada yang baru kerana itu sudah kita laporkan setiap hari segala pertuduhan, semua sudah kita laporkan.

“Di filem itu menyusun karangan atau cerita menggabungkan fakta fakta itu untuk menemukan kesimpulan.

“Ini bukan pertimbangan atau penilaian peribadi saya, ini ialah kekhuatiwan masyarakat indonesia,” katanya.

Namun jelasnya, filem tersebut telah di ‘shadow banned’ oleh YouTube dan mendapat kritikan ramai termasuk mahasiswa-mahasiswa termasuk mengadakan protes bantahan dari isu tersebut.

“Ada banyak sekali contoh ketika filem ‘dirty vote’ itu sekarang istilahnya ‘shadow banned’ dari youtube. Ketika dicari video itu tidak ketemu.

“Kalau diperhatikan Sudah ada banyak ‘student protes’ di Jakarta, Jogja,Bandung, sebelum itu juga ada kenyataan daripada senior profesor yang menyatakan mengenai integriti”

ini tayang perdana pada 11 Februari 2024 pukul 11.11 WIB.

‘Dirty Vote’ filem dokumentari berdurasi 1 jam 57 minit disiarkan pada 11 Februari 2024 menampilkan tiga pengamal undang undang yang menyampaikan pelbagai fakta penipuan ldalam Pemilu 2024.

Mereka adalah Zainal Arifin Mochtar, Bivitri Susanti, dan Feri Amsari.

Sutradara ‘Dirty Vote’ iaitu Dandhy Dwi Laksono, yang merupakan seorang wartawan penyiasatan, juga sebelum ini dikenali banyak membuat kritikan terhadap kerajaan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat