Cuaca panas akan berterusan hingga penghujung Mac

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) memaklumkan negara kini berada pada fasa akhir Monsun Timur Laut yang dijangka berterusan sehingga penghujung Mac 2024.

Ketua Pengarah MET Malaysia, Muhammad Helmi Abdullah berkata, dalam tempoh ini, litupan awan dan taburan hujan kelazimannya adalah kurang di kebanyakan tempat, terutamanya di kawasan utara
Semenanjung termasuk Perak, Pahang dan Kelantan.

“Ketiadaan hujan dalam tempoh yang lama boleh menyebabkan cuaca lebih panas dan kering berbanding kebiasaan.

“Cuaca panas yang dialami pada ketika ini adalah satu fenomena berulang yang berlaku saban tahun pada setiap Februari hingga Mei.

“Dalam tempoh ini, suhu maksimum harian boleh melebihi 35°C pada awal petang,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Setakat ini, kata Helmi suhu tertinggi yang dicatatkan oleh stesen meteorologi utama MET Malaysia adalah 36.9°C, iaitu di Chuping, Perlis pada 8 Februari lalu.

“Berikutan fenomena El Nino kuat yang sedang melanda dunia pada ketika ini, dijangkakan suhu maksimum harian di negara kita
boleh menjadi lebih tinggi dikebanyakan tempat.

“Dalam keadaan cuaca panas, semua pihak dinasihatkan supaya mengambil langkah penjimatan dalam penggunaan air.

“Orang ramai juga dinasihatkan untuk hadkan tempoh berada di luar bangunan bagi mengelakkan pendedahan kepada cuaca panas. Ikuti saranan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia bagi mengekalkan keadaan sihat semasa cuaca panas,” ujarnya.

MET Malaysia sentiasa memantau keadaan cuaca di seluruh negara.

“Orang ramai disarankan supaya sentiasa peka dengan perubahan cuaca serta mendapatkan maklumat dan amaran cuaca terkini melalui laman web rasmi, aplikasi myCuaca dan media sosial MET Malaysia,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat