Kes ‘Mahathir anak lelaki Iskandar Kutty’ ditangguh, Tun M tak sihat

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Perbicaraan kes saman Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, kerana mempersoalkan asal usul bekas Perdana Menteri itu di Mahkamah Tinggi minggu ini, ditangguhkan pada 19 Julai, kerana bekas Perdana Menteri itu tidak sihat.

Ketika prosiding hari ini di depan Pesuruhjaya Kehakiman, Gan Techiong, peguam bela Dr Mahathir, Mior Nor Haidir Suhaimi, memaklumkan Dr Mahathir diberi sijil cuti sakit (MC) oleh Institut Jantung Negara (IJN) dari 26 Januari lalu hingga Ahad ini.

“Kami mohon kepada pesuruhjaya kehakiman supaya perbicaraan hari ini ditangguhkan dan mahkamah berharap tarikh perbicaraan awal (selepas ditangguhkan) kerana usia anak guam yang sudah lanjut.

“Mahkamah kemudian menetapkan perbicaraan pada 19 Julai, 26 serta 27 Ogos dan 29 serta 30 Oktober, manakala perbicaraan pada hari ini hingga Jumaat ini ditangguhkan.

“Kami akan mengemukakan dua saksi iaitu Dr Mahathir dan anaknya, Datuk Seri Mukhriz untuk memberi keterangan pada perbicaraan kes itu,” katanya ketika ditemui pemberita selepas prosiding, lapor BH.

Sementara itu, peguam, Mohamed Shahrul Fazli Kamarulzaman, mewakili Ahmad Zahid mengesahkan Timbalan Perdana Menteri berkenaan akan turut menjadi saksi kes berkenaan.

Pada 20 Julai 2022, Dr Mahathir, 99, yang juga bekas Pengerusi Bersatu selaku plaintif memfailkan saman itu menerusi Tetuan Haidir & Co di Mahkamah Tinggi, dengan menamakan Ahmad Zahid, 71, yang juga Presiden Umno sebagai defendan.

Berdasarkan pernyataan tuntutan, Dr Mahathir berkata, defendan mengeluarkan kenyataan palsu, berbaur fitnah dan berniat jahat dengan sengaja merujuk terus kepada plaintif ketika Mesyuarat Umno Bahagian Kelana Jaya pada 30 Julai 2017.

Plaintif percaya dengan sesungguhnya bahawa individu dirujuk defendan dalam kenyataan fitnah sebagai ‘orang itu’, ‘dia’ dan ‘Mahathir anak lelaki Iskandar Kutty’ jelas merujuk kepadanya secara spesifik.

Dr Mahathir dilaporkan berkata, Ahmad Zahid yang berniat jahat dengan mengeluarkan kenyataan fitnah mendedahkannya kepada rasa tidak puas hati dan dibenci oleh masyarakat.

Susulan itu, beliau berkata, kedudukannya sebagai seorang negarawan dan tokoh politik yang berpengaruh di mata dunia dipandang serong.

Selain itu, bekas Perdana Menteri terbabit berkata, kenyataan fitnah Ahmad Zahid secara tersirat memberi maksud kredibilitinya untuk memimpin negara dan parti yang mengutamakan orang Melayu secara keseluruhan dipersoalkan dan diragui.

Ia juga difahamkan beliau adalah pembohong, tidak boleh dipercayai, mementingkan diri, tidak beretika semasa memegang jawatan awam serta tidak layak untuk menjadi pemimpin atau tokoh masyarakat.

Implikasi kenyataan fitnah itu menjatuhkan reputasi plaintif sebagai ahli politik bertanggungjawab untuk menjaga kebajikan rakyat, meningkatkan kemakmuran dan prestasi negara.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat