Polis Nafi Dakwaan Remaja Dikompaun Kerana Buka Pelitup Muka Ketika Minum

- Advertisement -

IPOH – Polis Kerian menafikan dakwaan yang tular dua remaja lelaki dikenakan kompaun RM1,000 kerana membuka pelitup muka untuk minum di Taman Wawasan di Parit Buntar, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintenden Mazuki Mat sebaliknya berkata, sebaliknya kompaun dikeluarkan setelah mendapati dua remaja berusia 17 dan 18 tahun itu tidak memakai pelitup muka sambil berbual dengan menghadap satu sama lain.

Katanya, tindakan kompaun dikenakan setelah pemerhatian selama 10 minit dilakukan anggota bertugas.

“Semasa rondaan Op Cegah Jenayah/Op Covid-19 SOP PKPB Parit Buntar dijalankan di kawasan berkenaan pada pukul 12 tengah hari, pihak polis telah ternampak dua lelaki duduk di atas motosikal masing-masing sambil berbual menghadap satu sama lain.

“Kedua-dua mereka didapati tidak memakai pelitup muka walaupun selepas pemerhatian dijalankan dalam tempoh 10 minit,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mazuki berkata, seorang pegawai polis kemudiannya menghampiri remaja terbabit dan memperkenalkan diri sebelum menjelaskan kesalahan yang telah dilakukan mereka.

Katanya, kedua-dua remaja itu dibawa ke Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kerian untuk tindakan kompaun kerana melanggar Peraturan 10 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

“Sebelum tindakan kompaun diambil, polis telah membuat pemerhatian lebih kurang 10 minit di tempat tersebut.

“Malah, dalam gambar dan video yang diambil juga jelas menunjukkan kedua-dua remaja itu bukan sahaja tidak memakai pelitup muka malah tidak mematuhi penjarakan fizikal iaitu satu meter,” katanya.

Menerusi laporan sebuah akhbar berbahasa Cina, dua remaja itu masing-masing dikenakan kompaun kononnya atas kesalahan tidak memakai pelitup muka ketika mahu minum air.

Laporan itu yang tular selepas dipetik beberapa portal mendapat reaksi pelbagai daripada warga maya yang rata-rata mengecam tindakan pihak berkuasa. – Utusan

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat