Permohonan Baru BPN 2.0 Dibuka Hingga Ahad Ini – Menteri Kewangan

- Advertisement -

CYBERJAYA – Permohonan baru Bantuan Prihatin Nasional 2.0 (BPN 2.0) masih dibuka sehingga hari Ahad ini (15 November 2020), kata Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Memetik laporan BH, Tengku Zafrul berkata, bagi permohonan yang diluluskan, pembayaran bantuan itu akan dibuat secara sekali gus pada Januari 2021.

“BPN 2.0 dijangka akan meringankan beban 7.5 juta penerima B40 serta 3.1 juta penerima M40.

“Sehingga 3 November 2020, sebanyak RM4.5 bilion telah berjaya disalurkan kepada lebih 9.86 juta penerima.

“Ini merangkumi tujuh juta penerima daripada kategori B40 dan 2.86 juta penerima daripada kategori M40,” katanya.

Menurutnya lagi, bagi penerima BPN 2.0 yang tidak mempunyai akaun bank, pengeluaran wang bantuan itu boleh dilakukan di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) bermula 26 Oktober lalu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,578FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat