Kerajaan Batal Permit Kerja Warga Bangladesh Dalam Dokumentari Al-Jazeera

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Jabatan Imigresen membatalkan permit kerja Md Rayhan Kabir, warga Bangladesh yang terbabit dalam laporan dokumentari Al Jazeera berkenaan cara Malaysia menangani pendatang tanpa izin bagi mengekang penularan Covid-19.

Memetik laporan Harian Metro, Ketua Polis Negara, Datuk Abdul Hamid Bador mengesahkan perkara tersebut hari ini.

“Oleh itu, dia perlu menyerah diri sebelum diusir balik ke negara asalnya,” katanya seperti dipetik.

Terdahulu, Jabatan Imigresen mencari Rayhan, 25, dan beberapa lagi untuk membantu siasatan mengikut Akta Imigresen 1959/63, susulan penerbitan dokumentari bertajuk Locked Up in Malaysia’s Lockdown yang disiarkan pada 3 Julai lalu.

Sejak ia disiarkan, Al Jazeera menerima kecaman daripada rakyat Malaysia yang mendakwa kesalahan fakta dalam laporan berkenaan.

Pada 10 Julai lalu, Enam kakitangan Al Jazeera dipanggil ke Bukit Aman untuk membantu siasatanberhubung penerbitan dokumentari itu.

Menteri Pertahanan Ismail Sabri Yaakob pula membidas Al Jazeera dan menyifatkan laporan itu sebagai pembohongan serta mendesaknya memohon maaf.

“Menuduh tindakan kita sebagai rasis juga tidak benar. Apa yang dilakukan adalah berdasarkan undang-undang. Jabatan Imigresen Malaysia guna akta imigresen, untuk tangkap mereka yang tidak mempunyai dokumen sah,” katanya.

Pengurusan Al Jazeera mempertahankan dokumentari kontroversi itu dan menyatakan kebimbangan terhadap gangguan yang dihadapi oleh kakitangannya susulan reaksi balas terhadap dokumentari tersebut.

 

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat