Kelab Penyokong Kelantan Desak Presiden Dan Timbalan Presiden KAFA Letak Jawatan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah dan timbalannya Datuk Afandi Hamzah didesak meletak jawatan bagi memberikan laluan kepada individu lain untuk memimpin persatuan itu.

Desakan itu dibuat Kelab penyokong bola sepak Kelantan, The Red Warrior KLIA (TRWC KLIA)

Presiden TRWC KLIA Rozaki Ab Kadir, berkata dua pemimpin itu perlu memberikan kata putus kerana keputusan ‘merehatkan diri’ daripada menguruskan KAFA tidak memberikan kesan bagi membantu kemelut yang dihadapi oleh persatuan tersebut.

“Berehat…bermakna jawatan itu akan tergantung dan menyukarkan pengurusan KAFA untuk melantik presiden dan timbalan presiden yang baru,” katanya.

Beliau berkata peletakan jawatan oleh kedua-dua pemimpin itu penting bagi memudahkan KAFA melantik individu lain untuk merancang hala tuju TRW dan persatuan itu pada saingan Liga Malaysia (Liga-M).

Sebelum ini, KAFA merehatkan Wan Abdul Rahim Wan Abdullah dan Afandi Hamzah daripada menguruskan persatuan itu yang ‘tenat’ dengan pelbagai isu terutamanya hutang dan masalah kewangan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat