Umno Sabah akan tanding semua kerusi tradisi – Bung

- Advertisement -

KOTA KINABALU: Umno Sabah akan mempertahankan semua kerusi tradisi parti itu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) akan datang.

Pengerusinya, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, ini termasuklah kerusi yang kini diwakili oleh bekas ahli Umno yang melompat parti.

“Kami akan bekerja dengan parti lain yang tidak bersekutu dengan Warisan.

“Pada dasarnya, Umno Sabah akan bertanding di semua kerusi tradisi parti.

“Rundingan berhubung kerusi lain akan ditentukan dengan pihak lain selepas ini. Bagaimanapun kerusi yang telah dimenangi oleh Umno tidak termasuk dalam rundingan,” katanya memetik laporan Free Malaysia Today semalam.

Pada PRU-14 lalu, Umno Sabah bertanding di 14 kerusi Parlimen iaitu Kudat, Kota Belud, Sepanggar, Papar, Kimanis, Beaufort, Sipitang, Tenom, Beluran, Kinabatangan, Silam, Libaran, Semporna dan Kalabakan.

Ahli Parlimennya bagi Kudat (Abdul Rahim Bakri), Beaufort (Azizah Mohd Dun), Sipitang (Hafez Yamani Musa), Beluran (Ronald Kiandee) dan Zakaria Mohd Edris (Libaran) menyertai PPBM Sabah pada April tahun lepas.

Berikutan pengumuman naib presiden Umno Ismail Sabri Yaakob malam tadi bahawa Umno Sabah boleh memilih untuk bekerjasama dengan PPBM negeri itu, Bung membuat kenyataan di Twitter bahawa Umno Sabah akan mempertahankan semua kerusi Parlimen yang dimenanginya serta kerusi lain yang dipercayai boleh menang bagi membuktikan kekuatan parti itu.

Beliau juga berkata, Umno Sabah akan menuntut semua kerusi tradisinya untuk menjelaskan kepada PPBM bahawa semua ahli Parlimennya di negeri itu memenangi kerusi tersebut atas tiket Umno dan Barisan Nasional (BN) dalam PRU lepas.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat