KSM, MEDAC meterai 3 MoU bantu usahawan mikro, informal

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kementerian Sumber Manusia (KSM) dan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) hari ini memeterai tiga memorandum persefahaman (MoU) bagi membangunkan usahawan mikro dan informal, susulan penularan pandemik COVID-19.

Dua MoU itu adalah kolaborasi antara Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) bersama program keusahawanan PROTEGE, serta PERKESO bersama Tabung Ekonomi Kumpulan Urus Niaga (TEKUN Nasional) bagi Pelaksanaan Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS).

Kolaborasi stategik itu juga membabitkan Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB) bersama Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) dalam memperkukuh dan meningkatkan kapasiti dan kemahiran usahawan.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tunku Jaafar, berkata kebanyakan usahawan mikro serta informal yang bekerja sendiri dilihat tidak mempunyai sebarang skim perlindungan.

“Lebih membimbangkan, sebahagian mereka menjalankan pekerjaan yang sering terdedah kepada risiko kemalangan atau bencana, contohnya pemandu teksi dan nelayan.

“Antara sebab utama adalah faktor kekangan kewangan, kurangnya kesedaran berhubung kepentingan mencarum. Melalui kerjasama ini, ia diharap dapat membantu meringankan beban serta meningkatkan kesedaran untuk usahawan mendapatkan skim perlindungan yang sewajarnya,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan pula berkata, usahawan tempatan terutama mikro dan informal adalah yang paling terjejas teruk akibat pandemik COVID-19.

“Pembukaan semula sektor ekonomi dengan pematuhan kepada norma baharu memerlukan golongan ini meningkatkan keupayaan dan mengadaptasi penggunaan teknologi maklumat dan digitalisasi.

“Mereka juga adalah golongan yang paling terdedah kepada risiko kerana sekiranya terbabit dalam kemalangan atau bencana akan terputus mata pencarian. Justeru, pelaksanaan kolaborasi strategik ini dapat membantu usahawan tempatan melindungi mereka daripada risiko kehilangan mata pencarian,” katanya.

Menerusi kolaborasi antara dua kementerian ini, usahawan akan turut diberi peluang meningkatkan kebolehan dan keupayaan diri melalui penyediaan program ‘reskilling’ dan ‘upskilling’, meningkatkan kebolehpasaran graduan serta pilihan caruman ke Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS).

_berita harian_

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat