Wanita UMNO, PAS perjuang rayuan kalimah ALLAH

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Wanita UMNO dan Muslimat PAS merayu agar kerajaan segera mengemukakan rayuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi terhadap penggunaan kalimah ALLAH yang disifatkan sebagai episod malang buat umat Islam di negara ini.

Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Noraini Ahmad berkata, Wanita UMNO dan Muslimat PAS menyokong penuh ketetapan yang dibuat Muafakat Nasional (MN) iaitu menggesa kerajaan membuat rayuan di Mahkamah Rayuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi membenarkan bukan Islam menggunakan kalimah Allah.

“Selaras dengan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan dan demi menjaga kesucian agama Islam, sewajarnya penggunaan kalimah Allah tidak seharusnya dibenarkan penggunaan dalam kalangan bukan Islam.

“ Ia bukan saja bagi memelihara kesucian agama Islam yang merupakan agama rasmi di negara ini, tetapi juga untuk memastikan keharmonian hidup masyarakat yang berbilang agama dan kaum dengan menghormati hak dan kebebasan beragama yang telah diterapkan di negara ini sejak sekian lama,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Noraini yang juga Menteri Pengajian Tinggi memberitahu, UMNO dan PAS secara konsisten dari awal lagi menolak penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam.

Hal demikian katanya, sekali lagi kami menyeru dan merayu kerajaan agar segera mengemukakan rayuan bagi mempertahankan kalimah Allah daripada digunakan oleh bukan Islam. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat