- Advertisement -

 

KUALA LUMPUR- Kumpulan Jakel bakal memberi pulangan tunai berjumlah RM15 juta kepada pelanggannya menerusi kempen Jakel Cashback Deals  yang bermula dari 12 Februari 13 April ini.

Pengarah Urusan Kumpulan, Datuk Seri Mohamed Faroz Mohamed Jakel berkata, menerusi kempen berkenaan, pelanggan yang berbelanja minimum RM100 di semua 22 cawangan Jakel seluruh negara atau secara online akan menerima pulangan tunai sebanyak 10 peratus daripada harga jualan.

Jelasnya, kempen tersebut melibatkan semua barangan yang dijual, termasuk item promosi tanpa mengira mod pembayaran sama ada menggunakan wang tunai, kad kredit atau dompet elektronik Boost dan Grabpay.

“Saya percaya ini adalah kempen yang pertama seumpama­nya di negara ini.

“Kebiasaannya pulangan tunai diberikan dalam bentuk kredit, baucar atau rebat tambahan, namun kami memberi wang tunai supaya pelanggan boleh membelanjakannya mengikut keperluan dan kehendak mereka.

“Kami sanggup mengorbankan keuntungan yang sudah sedia tipis supaya pelanggan berasakan diri mereka dihargai, terutamanya dalam suasana ekonomi yang mencabar kini.

“Sekiranya pulangan balik diberikan dalam bentuk baucar, kami tidaklah begitu terkesan namun saya anggap ini sebagai salah satu daripada strategi pelaburan,” katanya kepada pemberita di Jakel Mall di sini ­semalam.

Menurut Mohamed Faroz, kempen berkenaan telah mene­rima sambutan baik dan sehingga kelmarin, lebih 100,000 pelanggan Jakel telah menikmati pulangan tunai dengan nilai ke­seluruhan RM4.27 juta.

Katanya, ditambah dengan kempen Jakel Barulah Raya 2021 selama sebulan bermula 14 Mac hingga 13 April ini yang menawarkan diskaun sehingga 75 peratus, syarikat yakin dapat mencapai sasaran pulangan tunai yang ditetapkan.

“Untuk tahun 2021, lebih daripada 100 rekaan baju siap de­ngan fesyen terkini termasuk baju Melayu, kurta, baju kurung dan koleksi kanak-kanak akan ditawarkan secara berperingkat bermula pertengahan Mac ini sempena hari raya Aidilfitri.

“Tahun lalu, kami tidak membawa masuk produk baharu sempena Aidilfitri disebabkan Covid-19,” katanya sambil menjelaskan, jualan Jakel kini telah kembali ke paras sebelum pandemik sejak kira-kira dua minggu lepas.

_K!online­_

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat