Malaysia Tidak Diskriminasi PATI Ketika Dalam Tahanan Imigresen, Kata Pejabat Duta Indonesia

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pejabat Kedutaan Besar Republik Indonesia mengakui tiada pendatang asing tanpa izin (PATI) dari Indonesia yang menjadi mangsa diskriminasi sepanjang berada dalam tahanan Jabatan Imigresen.

Koordinator Fungsi Penerangan, Sosial dan Budaya kedutaan, Agung Cahaya Sumirat turut menegaskan layanan yang diberikan pihak berkuasa Malaysia kepada tahanan warga republik itu juga sangat baik.

“Kita sering melakukan lawatan ke depoh tahanan untuk memastikan kebajikan setiap warga Indonesia di situ terbela dan setakat ini kita menerima kerjasama sangat baik daripada kerajaan Malaysia.

“Keadaan dan layanan kepada tahanan di depoh imigresen membabitkan warga Indonesia sangat baik,” katanya ketika dihubungi BH, hari ini.

Beliau mengulas dokumentari berdurasi selama 25 minit 50 saat disiarkan agensi berita asing, Al-Jazeera yang bertajuk ‘Locked Up in Malaysia’s Lockdown’, baru-baru ini.

Dokumentari berkenaan mendakwa berlaku diskriminasi terhadap pendatang asing tanpa izin (PATI) ketika Malaysia melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi menangani penularan COVID-19.

Selain itu, Agung berkata, kerajaan Indonesia juga menghormati undang-undang dan peraturan ditetapkan Malaysia berkaitan PATI dengan ia disifatkan sebagai amalan biasa dipraktikkan kedua-dua negara.

Dalam perkembangan lain, Agung berkata, pihaknya sedang meneliti isu berkaitan beberapa siri pencerobohan rakyat Indonesia ke Malaysia, khususnya sejak PKP dikuatkuasakan pada 18 Mac lalu.

“Kita belum menerima laporan komprehensif berkaitan siri kejadian pencerobohan ini tetapi sentiasa bersedia melakukan siasatan, selain perkara sama turut dimaklumkan kepada kerajaan Indonesia,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat