Annuar Sambut Baik Langkah Mahathir

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa menyambut baik keputusan Tun Dr Mahathir Mohamad bersama pengikutnya untuk berada di blok Bebas.

Memetik laporan Freemalaysiatoday, beliau berkata keputusan bekas perdana menteri itu membuka ruang kepada kumpulan tersebut bekerjasama dengan kerajaan Perikatan Nasional (PN).

“Yang penting tidak sokong Pakatan Harapan, jadi Bebas lebih baik. Jadi masih ada ruang untuk bekerjasama,” katanya.

Mengulas lanjut, Annuar turut berharap agar keputusan yang dibuat Mahathir bersama pengikutnya itu dihormati oleh semua pohak.

“Saya mengalu-alukannya dan mereka tidak sokong PH, itu sudah cukup baik. Keputusan itu hak mereka yang perlu dihormati.

“Sekurang-kurangnya kita ada ruang untuk bekerjasama. Saya percaya Tun tahu politik dan itu pendiriannya,” katanya.

“Saya tidak rasa pendirian Tun berpatah arang berkerat rotan. Saya yakin dalam isu nasional dan kepentingan rakyat, Tun akan bersama dengan kerajaan. Itu sememangnya pendirian Tun.

“Pembangkang sifatnya lain. Saya bersyukur beberapa ahli Parlimen duduk sebagai wakil Bebas. Ini sudah beri peluang untuk kita bekerjasama. Kita boleh berbeza pendapat,” katanya.

Semalam Dr Mahathir bersama lima bekas ahli Parlimen PPBM mengambil langkah membentuk blok Bebas bersama-sama Warisan.

Lima pemimpin terbabit terdiri daripada Datuk Seri Mukhriz Mahathir (Jerlun), Syed Saddiq Abdul Rahman (Muar), Maszlee Malik (Simpang Renggam), Datuk Amiruddin Hamzah (Kubang Pasu) dan Datuk Dr Shahruddin Md Salleh (Sri Gading).

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,558FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat