Laporan Al-Jazeera Berat Sebelah – MB Pahang.

- Advertisement -

Menteri Besar Pahang YAB Dato Sri Wan Rosdy Wan Ismail menyifatkan laporan Al-Jazeera didalam dokumentari “Locked Up In Malaysia’s Lockdown” yang bersiaran dalam rancangan 101 East di saluran TV Al-Jazeera berat sebelah dan bias.

Menurut Wan Rosdy melalui catatan facebooknya hari ini, dokumentari Al-Jazeera cuba memberi imej buruk terhadap Kerajaan Malaysia dalam menguruskan pandemik covid-19 berkaitan hal penangkapan pendatang warga asing tanpa izin.

“Al-Jazeera perlu tahu membezakan pekerja asing yang sah dengan yang tidak sah. Kehadiran pendatang tanpa izin atau tinggal secara haram melebihi had masa yang ditetapkan adalah kesalahan jenayah yang tertakluk undang-undang persekutuan negara.

Wan Rosdy turut menegaskan penguatkuasaan ini bukan hanya berlaku di Malaysia sahaja, tetapi juga dilaksanakan oleh negara-negara luar.

“Penguatkuasaan yang dijalankan adalah satu langkah drastik bagi membendung penularan wabak dan mempastikan tiada berlaku jangkitan setiap insan yang berada dalam negara ini.”

Beliau juga hairan mengapa Al-Jazeera yang mempunyai wakil mereka di negara ini tidak mendapat maklumat tepat bagaimana Malaysia telah berjaya menguruskan kes covid-19 dengan cekap, telus dan efisyen yang telah mendapat pengiktirafan daripada World Health Organization (WHO).

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat